Regulations: Do Not Ever…

Saturday, 11 June 2011 at 20:55

Assalamualaikum.


          Hello guys and gals. Nice to see you all again. Dah nak start balik sekolah selepas cuti panjang dua minggu (ceh, tak la panjang sangat, lekat celah gigi je rasa). Dengan tuisyennya, homework, study and so on, tak ada nikmat langsung cuti dua minggu ni. Tu tak masuk tugasan SPM yang tak selesai – selesai lagi, lagi la aku rasa macam tak cuti langsung. Apa la perasaan orang yang bekerja ye? Student sedap je cuti dua minggu, diaorang pulak kena kerja cari rezeki. Tapi apa nak buat, diaorang banyak tanggungan, mak bapak la, adik la, awek… Ehem. Ok down to earth. Macam yang korang baca sendiri dekat atas, aku akan bagitau korang tiga benda yang korang tak perlu buat DAN (aku kata DAN, bukan ATAU) tak patut korang buat masa korang tengah syok – syok ‘berkarya’ atau tengah menjalani kehidupan dunia siber ni.


Cari Publisiti Murahan

          Dalam masa tak sampai dua minggu, dah ada tiga kes yang menggegarkan dunia maya, atau lebih spesifik, dunia blogger. Kes pertama pasal Adinda Evans tu. Tak payah la aku ceritakan apa yang dia buat sampai dunia blogger macam kena gempa bumi tu. Korang nak tahu korang cari sendiri. Kes kedua pasal Gambit Saifullah. Juga rasanya tak payah aku ulas apa – apa kerana dia sudah pun minta maaf kat blogger sekalian. Let bygone be bygone guys. Kes ketiga pulak pasal Puteri Shasha yang buat onar kat Facebook baru – baru ni. Korang cari sendiri kalau korang nak tahu apa benda yang dia buat.

          Aku nak tanya satu benda la kat korang. Apa faedah buat publisiti murahan ni? Instant famous? Inginkan perhatian? Seriously, kalau korang nak famous dengan cepat pun, korang tak payah resort kepada cara yang tak pakai akal ni. Surely there are better ways to be famous. Cuba korang ikut macam Anwar Hadi, suami Cik Far iaitu Mat Luthfi (sarcasm applied there), Mr. KHanis Zalikha atau sapa – sapa pun, diorang semua tak pernah cetuskan apa – apa kontroversi. Sekarang? Diaorang antara figure yang paling popular di laman maya. Tak ada pun yang buat porn video, pengakuan terbesar abad ini atau gambar tak senonoh. Absolutely nothing. Diaorang guna otak untuk famouskan diri diaorang, bukan pakai patella (atau bahasa melayunya dipanggil kepala lutut).


Be a RACIST
  
          Dalam banyak – banyak golongan yang aku benci, golongan racist ni la yang aku paling anti sekali. Ya, aku akui dulu aku jugak seorang yang racist, bukak Facebook je berbalas pantun dengan orang Indo. Tapi after that aku realized, being a racist ni tak bagi apa – apa faedah pun dekat aku. Sudahnya, enemy yang aku dapat. Apa faedahnya ada enemy? Korang boleh nak carut/maki? Tolonglah, tak seronok pun carut maki ni, buat tambah dosa ada la. Dan sudahnya korang tiap – tiap hari pun kena carut maki sekali. Korang seronok kena maki? Tak sangka aku korang seronok kena maki. Brutal betul korang. Apa? Patriotik mempertahankan tanah air korang kata? Define ‘patriotik’ please. Dengan korang maki orang negara lain dipanggil patriotik? Ada banyak cara untuk mempertahankan negara guys. Kenapa korang pilih jalan tu untuk menunjukkan sifat patriotik korang? Sebab nampak cool bila maki orang? Tu bukan patriotik namanya, tu PATHETIC.

          Dan perlu diingatkan apa yang aku tulis di atas adalah pandangan aku semata – mata. Aku tak boleh paksa korang nak setuju dengan aku atau tak. Setiap orang ada cara diaorang yang tersendiri. Tapi kan, kadang – kadang time korang tengah war tu, korang boleh jumpak seseorang yang korang akan rapat, korang share banyak benda bersama and then perasaan yang korang akan tahu sendiri akan muncul and then you know what will happen. HEHE. Tapi aku tetap tak sarankan korang berbalas peluru meriam. Daripada korang karang ayat maki tu baik korang karang ayat cinta bagi kat awek. Aku tahu korang ada awek keliling pinggang. Eh eh, aku tak, aku tak, aku baik. Ehem.


Cetuskan Pergaduhan

          Sekali korang buat benda ni tak kira la dalam blog atau apa pun, korang akan menyesal. Kalau bukan sekarang, tak lama lagi korang akan menyesal tak kira la tak lama lagi tu sepuluh tahun yang akan datang. Korang akan menyesal. Aku dah sumpah dah. HAHA. Ehem. Tapi kan, korang jangan la saja – saja cari enemy kat dunia maya ni. Korang mungkin kata macam ni….

“Alaa, dia bukan kenal aku pun. Kesah apa aku. Normal la bergaduh ni.”

          Normal your patella. Memang la kau tak kenal dia. Memang la kau tak kesah. Memang la normal bagi kau. Tapi kau takkan boleh pergi jauh. Takkan boleh. Mark my words. Korang dapat apa kalau korang bergaduh kat dunia maya? Kepuasan? Kalau korang bergaduh bertumbuk, ya mungkin puas sikit. Tapi kalau korang bergaduh dekat dunia maya? Korang kalah and then korang nak lepas kemarahan kat sapa? Adik? Awek? Pakwe? Ya aku tahu. Tiga golongan ni memang bernasib malang. Kesian diaorang. Ehem.


          Ada banyak jalan yang korang boleh buat supaya korang famous. Tapi korang gatal pergi buat benda tak senonoh buat apa. Kan diri sendiri rugi. Dah la nama tercemar. Korang nak nama korang tercemar dalam dunia maya? Sapa yang kata ‘nak’ tu memang mintak kaki daripada aku.


p/s: Jangan buat onar ya. Nanti menyesal tak sudah.

4 comments

  1. tk perlulah meng'apply' kesarkastikan di situ :) kenyataan okeeee, haha :D

  2. Mr. A Says:

    HAHA. kenyataan la sangat :P

  3. hanis zalikha aku kurg setuju.. sbb dia cun sgt.. haha..

  4. Mr. A Says:

    hahaha, ok aku akui, dia memang cun

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...