Apa Yang Best Masa Zaman Budak - Budak

Sunday, 4 September 2011 at 01:41
Assalamualaikum.



Hello guys and girls yang tak habis lagi kutip duit raya. Banyak kutip duit raya? Alaa, aku tau. Bebudak sekolah mesti dapat banyak punya. Paling kurang RM 200. Well, aku tak la dapat sebanyak tu. Silap - silap tahun depan tak dapat dah duit raya. Orang makin besar makin dapat banyak duit, bukan makin sikit duit. Pffft =,= By the way, pernah tak korang duduk dalam bilik sambil berangan pasal masa depan korang, nak jadi doktor la, lawyer la, and tiba - tiba, korang teringat pasal kisah zaman korang kanak - kanak? Tak pernah? Well, try korang ungkap balik kisah silam korang masa korang kecik - kecik lagi. Banyak kan kenangan yang best? Tak kurang jugak kenangan yang tak best. Alaa, macam la aku tak tau. Kena rotan dengan ayah korang, jatuh longkang masa main basikal la etc. Aku pun pernah alami semua benda tu. Tipu la kalau tak pernah. Ok, aku akan bagitau korang apa yang seronok masa korang kecik - kecik dulu.


Suasana Masa Raya



Cer korang ingat balik kalau korang balik kampung and jumpak cousin korang yang sebaya dengan korang? And then korang main bunga api sama - sama? Well, takkan la korang nak main mercun kan masa kecik - kecik, in your dream la. Jangan harap mak ayah korang nak bagi korang main mercun.  Mercun pop pop tu excluded la. Kiranya korang habeh advance pun main mercun papan ja la. Kalau mercun bola tu boleh la setakat jadi penonton sambil jeles kat abang - abang.

Lagi satu, cer korang ingat balik suasana masa hari raya pertama. Bangun pagi dalam pukul 6, then main bunga api, then mandi, then bersiap, then salam dengan mak ayah mintak maaf apa semua. How magnificent.  Aku sekarang jadi segan gila nak mintak maaf apa semua. Ya la, aku ni pendiam even kat rumah. Mesti diaorang terkejut tiba - tiba aku feeling pagi - pagi raya.

Then, yang paling best masa kutip duit raya la. Dengan selamba ja mintak duit raya daripada orang.


Budak - budak: Assalamualaikum. Kami datang nak beraya.
Makcik - makcik: Waalaikumsalam. Masuk la.
Budak - budak: Kami taknak makan dah. Dah kenyang.
Makcik - makcik: Kalau tak makan takdak duit raya
Budak - budak: =,=


HAHA. Budak - budak kena pwned dengan makcik - makcik. Power betul makcik - makcik kalau bab - bab macam ni. Eley, macam la korang tak pernah kena paksa makan. Aku tau la sebab aku pun pernah kena paksa. HAHA. Ehem.



Problem-less Life



Budak - budak kecik la yang paling senang senyum. Sebab apa? Diaorang takda masalah langsung. Well, lepas ni korang jangan bahan aku ada masalah sebab aku jarang senyum. Tu memang aku sengaja buat. Smile aku tu aku bagi kat isteri aku dah la. HAHA. Ehem. Berangan jauh dah ni.

By the way, ada korang pernah dengar budak - budak mengeluh sebab bini buat hal? Takdak kan? Lagipun, sapa la bini budak tu. Awal betul bertemu jodoh. Kalau ada yang mengeluh pun, mesti dah bergelar bapak budak. Well, at least ada jugak perkataan 'budak' tu kan. HAHA. Ehem. Ada jugak budak - budak yang gatal nak ada bini awal - awal. Umur 10 tahun pun dah pandai bercinta. Pfffft =,= 

Korang tahu tak? Masa budak - budak patut dihabiskan untuk bersuka - ria. Bukan untuk dibebankan dengan masalah orang dewasa ni tahu?

Lagi satu, kalau jadi budak - budak, korang cuma kena tau masa makan korang ja. HAHA. Cukup masa just merengek ja mintak makan. Senang kan? Takdak la mak korang nak piat telinga korang. Kalau korang dah besar sekarang, mustahil mak korang diam ja. Paling tidak pun, mesti dia kata macam ni:

(for girls)
Hang ni apa nak jadi. Tak lama lagi dah nak jadi bini orang pun. Pemalaih.

(for boys)
Ni macam mana nak jadi suami orang ni? Pemalaih yang amat. 

Apa kesimpulan yang korang dapat daripada leteran di atas? Ya. Golongan mak - mak memang pandai nak bagi korang rasa bersalah. Kalau setakat dia kata pasal korang pemalas memang la tak lekat. Kalau pasal isteri ni memang berkesan. Ternyata di situ kaum perempuan gatal nak kawin awal. Eh, kaum lelaki macam mana? Diaorang kebal, kata pi la pasal suami mithali ka, tak lut punya. Biasa la, orang lelaki ni mana gatal sangat. HAHA. Ok kidding.


School Life



Cer korang buat interview dengan Mr. Korporat and orang yang bekerja. Korang tanya diaorang, prefer bekerja atau bersekolah? Aku bet 90% of them akan kata bersekolah. Why? Relax. Yes. Relax. Dok kat sekolah bukan buat apa sangat. Duduk atas kerusi, dengar cikgu mengajar, tidur dalam kelas. Ehem. Ok, tidur dalam kelas tu memang tak boleh dijadikan tabiat. Even Mr. Korporat tu ada harta juta - juta pun, korang ingat dia senang - lenang ka? Masalah bertimpa - timpa.

Cer korang bandingkan apa yang best kerja kalau dibandingkan dengan sekolah? Selain dapat duit yang banyak, aku rasa yang tu ja la kot. Masa sekolah mak bapak bagi duit, nak duit pun mak bapak bagi. Kalau dah kerja takkan nak mintak duit daripada mak bapak? Kalau korang tebal muka then try ah mintak. Nasib korang baik dapat la duit tu. Kalau nasib tak baik, macam ni la jawapan yang korang dapat:

Hang ni kerja tinggi - tinggi pun mintak duit kat mak lagi?

HAHA. Ni kira nasib baik lagi la.


p/s: Well, update pagi - pagi buta ni kurang idea ah. =,= 

4 comments

  1. asy faro Says:

    ade lagi, tyme kecik2 dulu main bey-blade, crush gear, kete dash.hehee

    kalau macam tu nanti tak payah jadi ahli koprat. cari kerja lain. papehal pun, tak nak ulang zaman sekolah!!! haha, tyme seronok mmg seronok. sampai tyme belajar? aaaa sakit kepala nak fikir sume tu. hahah.

    yg penting dalam hidup nie biar kite lulus setip halangan supaya nanti takdela repeat2. hehe =)

  2. nostalgia :)

    ayat last tu aku suka, HAHA, pening kepala nak buat kerja dua kali ni

  3. Anonymous Says:

    cara penulisan kau mcm Mr.K laa..
    it's better if u try to find ur own identity..
    ur own writing style...
    justsaying...

    yg obvious yg aku nampak same mcm mr.k adelah
    1. hello guys and girls (kat intro)
    2. well, well, well
    3. aku bet bla bla bla adalah.....


    aku cakap je..jgn kecik hati pulak k
    3.

  4. first time orang bagi aku nasihat sepanjang 3 bulan lebih aku berblogging. thanks by the way. lama aku tunggu. about mr. k tu, rasanya cara penulisan aku tu inspired daripada dia. bukan bermakna aku tiru cara penulisan dia. well, aku budak baru lagi berblogging ni, so ada banyak masa untuk aku cari identiti sendiri. aku akan try cari identiti aku sendiri ok :) thanks for dropping a thought :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...