Showing posts with label sakit hati. Show all posts
Showing posts with label sakit hati. Show all posts

Kawan, Kawan, Kawan...

Saturday, 27 August 2011 at 22:19
Assalamualaikum.

Friendship. Credit.


Hello guys and girls yang tak sabar - sabar nak raya. How's your day? Lelaki aku tau sekarang tengah buat tahi mata kat rumah. Girls? Pun buat tahi mata jugak? Ish ish ish. Daripada korang buat taik mata lagi baik korang tolong mak korang buat kuih raya wahai girls sekalian. Lelaki jangan nak menggatal pi tolong. Aku tau korang curi - curi makan kuih raya tu nanti. Eley, aku pun lelaki la. Aku tau la. Eh by the way, aku bukan macam tu ya. Aku ni baik okay. Ok fine baik sikit daripada kebanyakan lelaki kat luar sana. Korang jangan nak buat yeke yeke, aku tumbuk kang. HAHA ok kidding.

Oh, perasan sesuatu dekat blog ni? Template lain kan? Better daripada yang lama or worse? Ok down to earth. Aku nak bagitau korang golongan manusia yang korang panggil kawan, yang mana yang korang patut hargai dan yang mana yang korang patut buat endah tak endah.

First of all, aku akan bagitau kawan yang tak patut korang benci dan korang bodoh kalau mensia - siakan kawan yang aku akan bagitau bawah ni. This marks the start of mood 'jiwang'.


Kawan Yang Pegang Rahsia Korang Macam Nyawa Dia Sendiri

Sworn to secrecy. Credit.

Yes. Kawan yang pegang rahsia korang macam dia pegang nyawa dia sendiri. I have a few, and I am proud to have them as my friends. Serius, selama aku hidup, aku tak pernah jumpa kawan yang macam diaorang. Absolutely, kalau korang jumpa kawan yag macam ni, korang patut hargai dia. Tak kisah la macam mana pun korang nak hargai, contohnya:

  • Dengar masalah dia
  • Simpan rahsia dia ketat - ketat
  • Layan dia dengan baik.

Yang aku list tu antara contoh - contohnya. Lain orang lain cara. Even kalau korang treat dia pergi makan atau minum pun dah cukup memadai. Oh, mood jiwang kembali =,= HAHA.

Korang tau tak kawan yang macam ni korang boleh jumpa satu dalam seribu? Tak tau? Ni aku bagitau ni kira dah tau la. HAHA. Ehem. 

A friend should be one in whose understanding and virtue we can equally confide, and whose opinion we can value at once for its justness and its sincerity. 
By Robert Hall.  

The section above is a tribute to Imran dan Syafiq. :)


Kawan Yang Tak Tikam Belakang 

Trust is hard to obtain. Credit.

Dey Mr. A, apa maksud kawan yang tak tikam belakang ni? Kawan tak tikam belakang ni kawan yang depan korang ke belakang korang ke sama saja. Pendirian tetap. Depan puji kita, belakang kita pun dia puji. Bukan macam lalang punya pendirian. Sekejap kutuk sekejap puji. 

Yang ini pun hard-to-obtain friend. Berapa kerat sangat la kawan yang macam ni. Selalunya, yang kita jumpak kawan yang depan kita puji habeh, belakang kita kutuk bukan main. Ceyt =,=

Oh by the way, 

A man's growth is seen in the successive choirs of his friends.
 Ralph Waldo Emerson.

See? Kita perlukan kawan. Kawan yang dependable, that is. Kawan yang menjahanamkan kawan, buang jauh - jauh. Faham? HEHE. Macam cikgu pulak. This marks the end of mood 'jiwang'.


 Okay. Kali ni aku bagitau pulak jenis kawan yang korang tak patut simpan, yang korang patut terajang, dan  yang korang patut buat endah tak endah. This marks the start of mood 'trolling'.


Kawan Batu Api


Bukan batu api ni. HAHA. Credit.

HAHA. Bukan batu api yang orang buat untuk trigger api tu. Yang aku maksudkan ialah orang yang saja cucuk orang lain supaya orang tu bergaduh. Yes. If korang jumpa ja kawan yang macam ni, baik korang ignore ja dia tu. Ignore means that korang sisihkan dia. Alaa, setakat kawan macam tu, hilang satu tu dikira rahmat tau tak? Kalau dua jenis kawan yang aku listkan di atas tu hilang, memang sah - sah la korang dah buat silap besar. Aku akan listkan faedah yang korang dapat kalau korang dump kawan yang batu api ni:

  • Korang tak sakit hati sangat.
  • Peratus korang nak bermusuh dengan orang lain pun kurang.
  • Lega sebab dah tak ada orang yang korang anti.

Eley, banyak lagi faedahnya. Cer korang tulis masa sebelum tidur tengok. Tambah - tambah masa korang tengah bengang dengan kawan yang batu api tu. Sure korang tak jadi tidur sebab khusyuk cari faedah tu. Biasalah, masa bengang memang semua sumpah seranah keluar. Ingat aku tak tau ka? Aku pun manusia la. Aku tau la. By the way, aku tak la sampai sumpah seranah ni. Rasa nak bunuh tu ada la. Baik la sikit kan?  HEHE. Ok kidding only.


Kawan Yang Mulut Lebih Daripada Murai

Angry. Angry. Angry. Credit.

Ada tak korang sampai macam tu kalau marah? Aku bet ada. HAHA. Eh, aku tau la, mesti ada punya. Aku ni kan baik, mana la nak baling - baling benda kalau marah. Kalau perempuan ya la buat macam ni (merujuk kepada adegan suami isteri bergaduh dalam drama Melayu petang - petang sebab si suami curang) HAHA. Perempuan - perempuan semua, tak payah la buat macam ni. Buat malu ja. Dah jahanam barang yang korang baling tu, baru nak meratap sebab kena beli lain. Eh, macam la aku tak tau. Predictable ja korang ni.

By the way, mulut lebih daripada murai? Mulut lebih daripada murai macam mana tu? Cer korang usya dialog di bawah.

Along: Wei kau tau tak angah, Mr. A tu kerek gila la. Kau tau tak? Dia mengaku baik doe. Orang baik mana mengaku baik kan?
Angah: Ha'ah la along. Orang baik mana mengaku baik. Perasan betul Mr. A tu. Dah la kerek, kuat mengata, bajet bagus bla bla bla...
Along: Wei satu lagi. Aku nampak kan Mr. A hari tu kan, dia ehem tut ehem tut bla bla bla...
Angah: Iye? Tak senonoh betul Mr. A tu. Harap je pendiam tapi....bla bla bla...

Well, obviously watak dan dialog tu aku reka sendiri. Tak ada kena mengena dengan orang lain. Mulut yang lebih daripada murai pada pandangan aku ialah kualiti yang ada dalam seorang kawan yang mulutnya bullshit, tikam belakang, suka hebah rahsia orang lain untuk dapatkan perhatian orang lain or term yang korang panggil attention whore. Gabungan trait di atas membentuk seorang kawan yang patut kita sepak laju - laju ke muka. Tiada kompromi. This marks the end of mood 'trolling'.


Well, korang dapat kawan yang macam mana? Aku harap korang dapat kawan yang baik, boleh simpan rahsia, macam aku la. Ehem. Ok kidding.


p/s: Template yang baru lagi buruk ka lagi cantik?

p/s: Kawan aku Wan Nuradila masuk dalam video Matluthfi. Mesti kembang kempis hidung dia. HAHA.

p/s: Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Aku nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, especially to kaum calon isteri aku. HAHA. I am truly sorry girls.

5 Situasi Yang Annoying

Saturday, 13 August 2011 at 00:09
Assalamualaikum.


Hello annoyed boys and girls. Sebulan je lagi nak trial SPM. Sangat lah tak seronok nak study apa benda ni. Biasa lah, aku ni pemalas orangnya. HAHA. Mengata diri sendiri pulak. Aku tak nafikan examination semuanya annoying belaka. Bukannya apa, aku tak larat nak handle pressure. Tapi, examination ni less  annoying daripada 5 situasi yang akan aku listkan di bawah.


Situasi 1

Korang baru lepas study. Dengan otak tengah jammed sebab baru lepas study, korang pergi la tengok TV. Nak release tension la kononnya. Elok dah rebahkan badan, baru korang perasan remote TV/Astro tu ada atas rak.

Yang ini gilalah annoying. Dah sedap - sedap rebahkan badan baru perasan remote Astro tak ada kat tangan korang. Astro pulak siarkan rancangan entah apa - apa. Nak bangun tu, punyalah berat tahu tak. Aku sanggup panggil adik aku yang tengah buat kerja suruh dia tolong ambilkan remote tu. Alaa adik, dengan sapa lagi nak berbakti kalau bukan kat abang. Nanti aku dah kawin nanti dah tak boleh dah manja - manja. Ehem. Bukannya apa, adik aku tu perempuan. Aku menolong dia supaya jadi calon isteri yang baik. Tak pemalas macam.....Ehem. Perempuan sekarang ni berapa kerat la sangat yang pandai memasak dan rajin. Nasib baik comel tu ada sikit - sikit. HAHA.


Situasi 2


Korang penat - penat balik rumah lepas seharian dekat sekolah. Then lepas membuta barang tiga empat jam, baru teringat nak buat homework. And guess what? Homework pulak tertinggal dekat sekolah.

Perh potong betul kalau tengah semangat nak buat homework tiba - tiba baru perasan homework tertinggal dekat sekolah. Kalau tersedar awal tak apa la jugak since korang boleh merempit pergi ambil homework tu tapi kalau tersedar homework tertinggal pun dah pukul 10 malam, korang nak menyetan naik moto jugak pergi ambil homework? Aku berani bet tak ada sapa pun yag sudi nak ambil homework pukul 10 malam dekat sekolah. Sudah la menyusahkan, mengantuk lagi. Tu pun tak kira sekolah tu keras ke tak. Kalau keras memang tak akan ambil la.


Situasi 3


Korang cari - cari makanan dalam tudung saji semua habis. Yang korang nampak atas meja makan cumalah air teh dan biskut kering. Dah tak tahan sangat ngap saja la. Cecah lama sangat biskut tu dalam air teh sampai lembik biskut tu. Then, baru ja nak bukak mulut, biskut tu putus (putus? HAHA) sebab terlalu lembik dan jatuh dalam air teh balik.

Pernah alami benda ni? Ah tipu la tak pernah. Aku tau korang setakat makan nasi bukan cukup pun. Kalau boleh nak makan semua makanan yang ada dalam rumah tu *terasa*. Annoying gila kalau biskut tu putus (aku taktau nak letak perkataan apa. HAHA) tengah - tengah korang nak suap biskut tu dalam mulut. Sudahnya jadi hancur biskut tu. Air teh yang warna kuning oren jernih tu pun tukar jadi warna keladak biskut. Aku sebenarnya bukan apa. Malas nak pergi ambil sudu nak cedok biskut tu. Biasa la orang terlebih rajin *terasa lagi*.


Situasi 4


Korang baru lepas pergi dating dengan awek calon isteri korang and then dalam perjalanan balik ke rumah tu korang perasan minyak dah nak empty. Korang punya la cari stesen minyak nak refill. Then bila dah jumpa tau apa yang jadi? Yes. Terlajak.

Tak larat gila nak patah balik ke stesen minyak semata - mata nak refill minyak moto. Kalau dah tahap kronik tu terpaksa la gagahkan diri jugak nak patah balik sebab minyak dah empty. Kalau minyak ada sikit lagi tu jangan harap la nak patah balik. Buang karan tahu. Lagi malas kalau tengah bawak banyak barang dalam raga moto. Sudah la kena buat dua kali kerja. Mood time tu jangan tanya lah. Memang menggelegak. Tunggu masa ja nak sembur dekat orang tak bersalah. Kesian orang lain tak pasal - pasal jadi mangsa. Selalunya yang menjadi mangsa ni ialah golongan adik - adik, pakwe dan makwe. Ya aku tahu. Nasib tiga golongan ni memang malang.


Situasi 5


Dah lepas copy masuk movie (movie apa la gamaknya ni?) daripada pendrive masuk ke dalam lappy, dengan suka hatinya klik 'safely remove bla bla bla' and then? 'Cannot remove bla bla bla whatever' something like this. Pffft.

Aku paling pantang benda ni jadi kalau aku pergi cyber cafe. Bukannya apa, aku tak sabar nak balik rumah sebab orang kata rumahku syurgaku. Buat apa aku nak duduk lama - lama dekat cyber cafe yang probability untuk orang lain memperdajalkan virginity mata dan hati aku sangat tinggi. Eceh. Bajet suci. Tapi serius la, kalau tak ada urusan yang mustahak aku tak akan pergi cyber cafe. Memang manusia - manusia dalam tu perangai pelik - pelik. Err of course tak termasuk aku. Ehem.


So, benda - benda ni la selalunya yang membuatkan mood aku baik jadi kurang baik sikit. Sikit ja, tak banyak. HAHA. Ehem. Avoid benda - benda ni kalau korang nak buat apa - apa pun lepas tu. Kalau jadi, sure sakit hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...