Perkara – Perkara Yang Menyebabkan Aku Malas Study

Friday 10 June 2011 at 20:26
Assalamualaikum

 
Hello sekalian. Nice to see you all again. Dengan trial SPM yang tengah melambai – lambai panggil aku ni dan juga SPM yang membuang masa orang in terms of durasinya, which is sebulan, which is menyeksakan aku, then menyeksakan kepala aku, then menyeksakan otak aku nak mengadap buku lama – lama. Aku ni jenis short – attention span person, tengok buku setengah jam pun aku dah mengantuk, inikan pula berjam – jam lamanya mengadap buku subjek yang memang memerah otak nak faham. Di sini aku akan bagitau korang 4 perkara utama yang menyebabkan aku malas semalas malasnya nak study.


Facebook

Yang ini memang penyebab utama aku gagal secara rela untuk study. Apa tidaknya, usha status orang, usha foto awek orang, usha home, then ulang cycle tu all over again. Macam tak ada life kan? Surf Facebook berjam – jam lamanya just ulang cycle tu entah berapa ratus kali. Naik muak jugak kadang – kadang. Tapi tak boleh kata apa jugak sebab social websites yang lain memang shut down aku punya interest nak pakai, macam Twitter (ala Mr. A, kau yang tak reti pakai, nak salahkan Twitter pulak). Ehem. Ya, sila jangan gelak. Aku memang tak ada Twitter. Aku tahu la korang ada Twitter, jangan la gelakkan aku L, macam la aku tak tahu korang tengah gelak sekarang. Ehem.


Playstation 2 Playstation 2 Playstation 2

Ni satu lagi benda yang selalu menggagalkan usaha aku nak study. Nak study je mesti teringat PS2, nak study je mesti teringat PS2. Ntah apa la yang PS2 tu bomohkan aku sampai aku tak boleh lepas game tu pun aku tak tau. Seharian tak main PS2 rasa macam hidup tak lengkap, serba kekurangan, macam hilang awek sesuatu yang berharga dalam hidup aku. Ehem. Jiwang pulak dah. Even wayar AV PS2 aku tu dah hampir putus dek digigit tikus dan nearly rosak, asyik – asyik nak hilang video display je, hangat jugak la aku kadang – kadang kalau jadi macam tu. Peduli apa aku wayar rosak ke tak, janji aku boleh main game. Ehem.


Cuaca

Yeah, ini pun jadi masalah buat aku. Cuaca tak kira la panas atau sejuk, dua – dua menjadi masalah buat aku. Ok. Aku listkan sebab kenapa aku kata cuaca terlalu panas juga menjadi faktor pengacau bila aku nak study:

•             Dah cuaca panas, aku pun panas la terperap kat dalam rumah tu, kipas asyik bukak maximum je, nonstop pulak tu. Bila bukak nonstop, bil letrik naik. Bila bil letrik naik, mula la ada orang yang membebel. Aku pun faham bil letrik naik tu benda yang sangat tak nak didengari. Aku pun tak lama lagi nak habis study, then kerja, then beli rumah, then kawen. Ehem. Aku la yang akan bayar bil – bil tu, takkan isteri aku pulak yang bayar. So aku tau betapa peritnya membayar bil semua ni. Korang sanggup study time tengah berpeluh? Tak punya. Korang lagi sanggup ‘menziarahi’ rumah orang lain semata – mata nak dapat sejuk secara free.

•             Korang try duduk dalam bilik korang. Korang tutup pintu, tutup kipas dan try nikmati sauna secara semula jadi. Memang tak tertahan panasnya. Aku bet korang tak payah pun beli treadmill dan segala macam benda merepek untuk mengeluarkan peluh. Free je peluh tu keluar. Tak payah nak berlari atau berjogging pun. Ada jugak yang lepas mandi sauna semula jadi tu, badan diaorang berpeluh – peluh habis, nampak berminyak je badan macam Sazali Samad tu. Dan – dan pergi depan cermin bajet korang body builder dengan six packs yang tenggelam. Buruk betul perangai. Eh eh, aku tak buat macam tu ya, tak ada masa nak buat benda tu. Ehem. Korang nak study masa tengah nikmati sauna tu? Penipuan terbesar abad ini. Tak sempat bukak buku korang dah blah daripada bilik tu sebab tak tahan panas, macam la aku tak tau. Kalau pun korang sempat bukak buku tu, lepas tu korang mesti kata yang ni;

“Pergh punya la panas. Baru study helaian pertama ni. Tu pun tak habis lagi. Ah, tak boleh study la aku panas – panas macam ni”

See? Helaian pertama and korang dah kalah. Memang expected pun.

•             Bila panas je, mesti korang cepat – cepat plan nak pergi mall yang ada air – conditioner, even duit korang memang parah time tu. Ni aku rasa girls la yang paling suka cara ni. Usha – usha girls’ stuffs even korang dah memang pokai. Air liur meleleh – leleh pun tak apa, asalkan boleh usha clothing dekat mall. And since korang pergi mall, korang bawak ke buku nak study dekat sana? Hell no. You are a bad liar if you say yes. Err, mungkin bawak tapi apa guna kalau bawak ja, tapi tak study pun. Macam aku tak tahu. Korang memang predictable.


Bila cuaca sejuk (aku kata sejuk, bukan terlalu sejuk) pulak:

•             Sleepy. Yes sleeeeeeeeepyyyyyyyy. Korang bukan manusia biasa kalau korang tak rasa sleepy  time cuaca sejuk. Nak – nak bila hujan pulak time tu, memang fit ah. Nampak katil je, terus buat summersault atas katil and then peluk bantal peluk busuk korang macam peluk……… Korang fikir apa? Awek/Pakwe? Tak senonoh betul korang ni. Kawen la dulu oi. Kalau dah kawen nanti, peluk la macam mana pun, sampai patah pinggang isteri/suami korang pun tak apa.

•             Cuaca sejuk ni la selalunya orang nak berehat. Seronok katanya. Ntah apa yang seronok pun aku tak tahu. Sebab relaxing kot. Yela, time macam ni la yang paling relaxed untuk terkenangkan awek mak bapak korang kalau korang ni berada di perantauan. Lepas tu mulalah teringat lagu “Dendang Perantau”, “Balik Kampung” and so on. See? Korang memang sangat predictable. Eh? Apasal naik lagu raya pulak ni? Puasa pun tak lagi dah teringat lagu raya. Ish ish ish.

•             Bagi aku la, cuaca sejuk + hujan memang antara rahmat Allah yang aku tak boleh resist langsung. Nak tido je memanjang. Even dalam kelas pun (well, actually sebab aku jeles  tengok kawan – kawan aku yang lain slumber badak je tido dalam kelas). Ehem. Ya, time cuaca sejuk + hujan tu la yang paling nikmat sekali nak tido. Bunyi deruan air hujan memang benda yang most of you nak dengar. Dengar je bunyi air hujan, korang terus masuk bilik dan tido. Tak payah orang suruh pun. How about study? Orang suruh korang study, korang study betul ke? Ceh, orang suruh study pun malas, orang tak suruh lagi la malas. *terasa*


Bising Yang Melampau – Lampau

Ni bagi aku je la. Korang aku tak tau la. Kalau setakat daripada lagu dalam mp4 aku atau netbook aku, tak ada hal pun. Lagi best ada la nak study. Tapi bila adanya bunyi yang amat tak menyenangkan yang amat bising, amatlah menyakitkan hati aku. Contohnya macam orang buat renovation dekat rumah/sekolah. Rasa macam nak pelangkung kepala orang yang tengah renovate tu.  Aku memang tak boleh dengar bunyi bising – bising ni, memang aku akan letak buku and try pergi ke tempat lain untuk mengurangkan pencemaran bunyi dan menenangkan fikiran. Aku nak bawak buku sekali? No way man, no way. Ala, macam la aku tak tau yang korang pun macam tu. Buat tak mengaku pulak.


Benda – benda yang aku sebut di atas memang benda yang menyebabkan aku yang sedia pemalas  jadi lagi pemalas nak study. Tak kisah la apa pun, trial SPM, SPM, memang tak akan membantu mengatasi masalah kemalasan kestudyan (apa punya bahasa ni) aku tu. Ehem.

p/s: Korang kalau tak study selalu buat apa ya?

9 comments

  1. kalau x study, tgk tv ataupun online..

  2. amboi, online wajib tu, haha

  3. deathnote Says:

    banyak cakap jugak eah ang ni

  4. mr.A : mesti la..boring kot..hg pon sama kan..

  5. eika: dlm blog ja la, haha
    atikah: nak ngaku ke tak nak ngaku ke tak... haha

  6. Anonymous Says:

    adoi dik, kalo camni bila la bleh study betol2 ni, haha. btw, gudluck!

  7. hahaha, ntah la kak, btw thanks :)

  8. and one more,jangan lupa. Twitter.. do follow me ya..ha3

  9. aku tak buat lagi weh twitter. nak buat tapi malas, HAHA, kalau aku buat nanti, ng org pertama aku follow, HEHE

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...