Pantang Larang Dulu - Dulu

Saturday, 13 August 2011 at 19:00
Assalamualaikum.

Happy with the great regulations. Credit.


Hello confused boys and girls. First of all aku free untuk update blog untuk dua ke tiga hari. Dua ke tiga hari je la lepas tu sibuk la balik. Lagipun idea aku tengah bercambah time bulan - bulan puasa ni. Well, idea yang pelik - pelik banyak lah. Sudah la memang lari daripada perangai aku yang sebenar. Bila aku tengok balik entry aku yang sebelum - sebelum ni, baru aku perasan sesuatu. Aku suka troll orang perempuan dalam blog aku ni. Dalam real life memang la langit dengan bumi perangai aku. Pendiam gila. Agaknya kawan aku masa first jumpa aku mesti diaorang kata aku sombong. Well sebenarnya aku bukan la sombong, cuma err err, aku rasa tak ada keperluan untuk aku bercakap dengan orang lain melainkan aku ada something nak buat. And yes, aku akui aku cuma cakap dengan perempuan bila ada keperluan. Biasa la orang pemalu ye dak? HAHA. Ceh ceh promote diri sendiri.


Well, dah berapa lama mak korang beranakkan korang? Aku tau soalan ni macam apa ja. But kalau korang perasan kan, kaum Melayu ni banyak gila khazanahnya. Pantang - larang, adat - adat dan apa benda lagi yang kalau sekarang ni memang orang tak praktikkan dah. Yela, dah makin pupus orang yang berpegang dengan benda -  benda macam ni. Biasalah, orang sekarang mana ada yang percaya benda - benda ni. Kalau ada pun boleh dikira dengan jari. Ok aku tipu. Tak ada la sikit sangat sampai boleh dikira dengan jari. And kalau korang perhatikan betul - betul kan, banyak pantang larang ni ditujukan dekat perempuan. Kenapa ya? Perempuan ni buas sangat gamaknya. HAHA. Ehem. Ok. Aku akan bagitau pantang - larang yang umum, untuk kaum aku yang baik dan kaum calon isteri aku yang err err, buas? HAHA.


Pantang - larang: Tak boleh lalu bawah kain jemuran.
Alasan: Nanti sakit kepala


This is what we call clothesline aka ampaian children. Credit.


Well pernah dengar pasal benda ni? Aku bet semua orang tau benda ni. Selalunya benda ni ditujukan kepada perempuan - perempuan priceless (priceless di sini bermaksud tidak ternilai, bukan tak berharga) sebab diaorang ni la yang selalu sidai pakaian dekat ampaian ye dak? Then lelaki semua buat apa dekat rumah. Lelaki semua baik. Duduk diam je dekat rumah menternak lemak. Tak menggatal dengan orang lain. Well, siapa kata lelaki tak setia? Bullshit je semua tu. Ada jugak lelaki yang setia, tapi sikit. At least ada la jugak kan daripada tak ada langsung. Aku termasuk dalam golongan minoriti lelaki yang setia la *perasan*. Ehem. Kalau semua lelaki tak setia habis semua perempuan kena madu dan merasa payung emas di syurga. HAHA. Eh best apa dapat payung emas.

Aku tak tahu apa connection antara lalu bawah ampaian dengan sakit kepala. Tapi sebenarnya orang tua -tua tak bagi lalu bawah kain jemuran tu sebab takut kain jemuran jatuh. Dah jadi satu hal nak basuh balik. Bukannya apa. Kesian dekat orang perempuan sebab diaorang la yang kena basuh balik kain jemuran tu. See? Lelaki memang prihatin dan caring terhadap orang perempuan. Korang je yang suka tuduh lelaki curang. Well aku tak kata lelaki prihatin dekat isteri dia je. Dekat mak dia, adik perempuan dia, kekasih gelap kawan perempuan dia. So aku tak jamin kalau lelaki tu setia. HAHA ok kidding.


Pantang - larang: Tak boleh makan berpindah tempat
Alasan: Kawin banyak


Sila kuruskan badan anda. Especially to girls. HAHA. Ok off topic. Credit.


Aku rasa pantang - larang ni la yang paling dipraktikkan oleh orang lelaki. HAHA. Alaa perempuan, lelaki kan ada empat slot. Dapat payung emas dekat syurga lagi tau. Apa? Taknak? Alaa, nak la nak la. Ok jangan risau. Aku tak berhajat pun nak kawin empat. Saja ja nak melawak. Aku ni setia orangnya. Ehem. Orang tua  - tua buat pantang - larang ni khas untuk budak - budak. Biasa la. Budak - budak kan buas sikit. Lagipun,  budak - budak time tu mana reti nak menggatal lagi. Nak pandang lelaki/perempuan pun fikir dua kali. Kalau budak - budak sekarang jangan harap. Lagi ditegah lagi gatal nak buat.

Aku teringat cerita tok aku (yang perempuan). Dia pernah cerita dekat aku macam mana dia dulu - dulu. Ada satu hari tu ada budak lelaki sebaya dengan tok aku tu jugak la try nak kenyit - kenyit mata dengan tok aku. Tok aku garang gila la time tu. Dia ambil selipar dia dan acah budak lelaki tu nak baling selipar tu. Apa lagi, lari ah budak lelaki tu. Well, itu budak lelaki DAN budak perempuan time tu. Kalau sekarang memang la itu sesuatu yang hampir mustahil nak jadi. Perempuan tu, kalau lelaki nak menggatal, dia pun sama naik nak menggatal. Pfffft =,=

In actuality, bukannya pindah tempat makan tu boleh menyebabkan korang mempunyai jodoh yang ramai. Kalau dapat lebih daripada satu isteri tu memang ketentuan, bukan sebab pindah tempat makan. Bukannya apa. Kalau korang dah makan dekat situ stay la makan dekat situ. Ni tak. Nampak ja cerita Nora Elena terus tukar tempat makan. Aku faham korang nak suami macam Seth Tan tu tapi tak payah la ubah tempat korang makan tu. By the way, aku tak tengok ya drama Nora Elena tu. Sorry sikit. Aku ni alah sikit dengan cerita bajet romantik ni.


Pantang - larang: Anak dara tak boleh duduk atas tangga.
Alasan: Jodoh lambat sampai


I wonder bila jodoh aku nak sampai. Bukannya aku gatal,  just tertanya - tanya. Ehem. Credit.


And guess what? Anak dara langsung tak duduk atas tangga. Nampak sangat gatal nak kawin awal. HAHA. Ehem. Orang tua - tua ni sebenarnya kreatif jugak. Kalau aku ni memang takkan terfikir pasal benda ni. Biasa la. Orang tua - tua ni memang tau apa yang terbaik untuk anak - anak dara diaorang. Tapi sekarang pantang -      larang ni dah hampir pupus ditelan zaman. Sebabnya? Dah ramai yang duduk di bandar so tak banyak dah orang yang tinggal dekat rumah bertangga papan.

Wait wait. Apa kaitannya duduk dekat bandar dan kekurangan tangga dalam rumah dengan pantang - larang  ni? Sebabnya, dulu tangga rumah kampung sempit ja. Cukup - cukup nak lalu ja, bukan untuk dibuat untuk orang perempuan berangan - angan sambil memikirkan lelaki idaman. Ehem. Nak pakai tangga tu pun payah sebab setiap kali nak lalu mesti kena suruh ke tepi. Membazir air liur ja tahu. Tak elok membazir ni, amalan syaitan. Tangga rumah moden sekarang ni mana ada yang sempit - sempit. Semuanya luas - luas. Lagipun tak manis anak dara duduk melangut dekat tangga, nampak sangat pemalas.


Pantang - larang: Tak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas.
Alasan: Takut mak atau ayah mati cepat.


Well, motif agak tersasar. Credit.


Aku rasa pantang - larang ni la yang paling berkesan dalam banyak - banyak pantang - larang yang lain. Budak - budak memang takut kalau kena ugut berkaitan dengan mak bapak ni. Sayang jugak dekat mak bapak tu ya.

Sebenarnya, dari sudut sains, kalau terlalu lama meniarap dengan kaki ke atas, akan menyebabkan masalah dada dan jantung. Kalau jantung affected, proses pam darah tu terganggu sikit sebab jantung tu kurang upaya nak pam darah ke seluruh badan. So agak berbahaya untuk tubuh badan.

Orang Melayu ni sebenarnya celik akal jugak sebenarnya. Tapi sesetengah orang ja yang menunjukkan kedangkalan akal tahap yang maksima, so habis semua orang Melayu kena cop dengan gelaran yang kurang enak didengari.


Oh, cukup la setakat ni. Tak larat nak taip dah. Lagipun dah nak bukak puasa. Prepare awal - awal. HAHA. Tak ada la. Melawak ja. Off to jaga ayam percik yang tok aku tengah bakar sekarang. Demm perut aku berbunyik.


6 comments

  1. KimiCnoL Says:

    tak taw la betul ke tak kan..aku makan pindah2 nanti boleh kawen ramai la macam gitu ek..hehe

  2. Cer kau tunggu nanti, kot2 la betul. HEHE :P

  3. yea betul.hg jrng ckp dgn pmpn..;)
    n i like this entry so damn much. sampai skg taw x,if aku balik kmpg mk cik-mk cik aku akn tegur mcm tu..he3..

  4. HAHA. MM, cer ng sound depa balik tengok, HEHE

  5. haish..gila nak sound mak cik2 aku tu..sat gi kena cop anak dara sekolah agama x taw adab..malu den..sekolah agama jugak naik nama..nnti hg jgk yg malu..ha3

  6. HAHA. pekakkan ja telinga. kehkehkeh :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...