Lelaki vs. Perempuan

Sunday, 19 June 2011 at 21:44

Assalamualaikum.


Hello friends. Lama gler aku tak update blog ni. Biasa la, calon cemerlang SPM 2011, mengadap buku saja kerjanya. Ehem. Tak ada lah, bukannya mengadap buku sangat pun. Mengadap Facebook, mengadap foto awek orang, mengadap status orang, main game and so on. Tak ada la best sangat hidup aku ni. Disebabkan ramai kawan – kawan aku banyak yang dah deactivate/cancel/tak bukak account mereka sebab nak concentrate untuk trial SPM yang akan datang ni, so aku pun terpaksa la layan Facebook sorang – sorang. Err, tak la sorang – sorang, ada la yang macam aku yang jadi Facebooker tegar yang tiap – tiap hari bukak Facebook walaupun Facebook sekarang memang super bosan. So, aku nak bandingkan sifat – sifat yang kontra yang ada kat kaum aku dan kaum bakal isteri aku berdasarkan pemerhatian aku. Ehem.


Merajuk

Perempuan: Peh jangan cakap la mereka ni macam mana. Kalau boleh nak merajuk je sepanjang masa. Tambah – tambah dengan calon suami sendiri. Kesian calon suami korang. Tak pasal – pasal nak kena pujuk. Tak pujuk nanti kata tak sayang. Girlsss. Tak apa lah jugak kalau yang kuat merajuk tapi senang pujuk, ni pulak yang kuat merajuk dan susah nak pujuk, memang makan hati la bakal suami korang  nak pujuk korang. Lagi makan hati la bakal suami korang nak pujuk korang bila adanya catalyst yang tiap – tiap bulan korang girls alami. Paham – paham sendiri lah ya apa benda tu. Apa benda lagi yang korang selalu dapat tiap – tiap bulan kalau bukan benda tu? Apa? Kau kata kau dapat duit tiap – tiap bulan? Mata duitan. Ehem.

Ikatan suci.

Lelaki: Aku tak bela kaum aku ya. Tapi memang jarang aku jumpa lelaki yang kuat merajuk. Setakat merajuk sikit – sikit tu memang la kerap aku jumpa termasuk la aku. Apa? Kau tak pernah merajuk? Nak tipu pun agak – agak la. Entah – entah dengan calon isteri korang tu tiap – tiap hari korang merajuk. Nak bermanja – manja la katakan. Macam aku tak tau korang macam mana. Lelaki yag suka merajuk kuat tu korang ignorekan je kalau diaorang merajuk. Nanti pandai – pandai la dia cari korang girls balik. Bukannya apa, diaorang saja nak menggatal dengan korang je tu.


Setia

Perempuan: Err, aku akui girls kebanyakannya setia pada yang satu saja. Bukan nak menangkan girls, tapi memang hakikatnya macam tu. By the way aku kata kebanyakan ya, bukan semua, which is ada yang suka pasang calon suami sampai empat. Persediaan la konon takut kalau calon suami yang pertama, calon suami yang kedua pulak yang isi slot pertama. Dan korang cari pulak lelaki lain nak isi slot keempat yang kosong sebab calon suami kedua dah naik pangkat jadi calon utama. Heh. Typical playgirls. Aku tak salahkan korang pun. Lelaki memang pantang tengok perempuan dahi licin sikit, terus dimintanya nombor telefon. Ayatnya senang je:

“Eh, macam pernah jumpa awak la. Tapi di mana ya?”

Well, seriously ayat mengayat perempuan yang macam sial. Kenapa? Refer to this.

Lelaki: Heh. Korang pernah dengar buaya darat? Ya. Buaya darat tu memang khas ditujukan kepada kaum aku. Bukan aku ya. Ehem. Buaya darat tu apa korang tanya? Buaya darat ni lelaki yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada. Dah dapat calon isteri dok gatal cari lagi calon isteri. Nak cukupkan kuota kawen empat katanya. Bullshit. Yang tu boleh pulak korang ikut perundangan Islam ya. Habis tu yang pasal solat, puasa, zakat tu? Taknak ikut? Well, in short kebanyakan lelaki memang jenis yang tak setia. Pantang jumpa awek cun + comel sikit, terus korang mintak nombor telefon. Dan sekali lagi aku kata kebanyakan saja ya, bukan semua. Yang setia pada yang satu tu senang je korang nak cari. Salah sorangnya penulis blog ni la. Ehem.


Sensitif

Perempuan: Well, sensitif ni boleh dipecahkan kepada beberapa benda. Antaranya;

                Belas kasihan: Perempuan memang jiwanya lembut, even yang rockers habis, mesti ada jugak belas kasihannya. Contohnya, korang jumpa anak kucing tersekat dalam lumpur dalam longkang yang tak ada lah besar mana. Aku tak kata longkang yang besar sebab rasanya korang cuma tengok je anak kucing tu tanpa buat apa – apa. Bila korang nampak anak kucing tu apa yang korang buat? Most of girls akan cuba cari ikhtiar nak selamatkan anak kucing tu sambil cari ikhtiar nak selamatkan diri daripada terkena lumpur tu. Girlsss. Biasa lah, lumpur – lumpur ni mana la nak pegang. Ehem. Eh? Aku kata most of girls je ke tadi? So mana tiny other girls yang lain? Actually, yang tengok saja tu kebanyakannya alah atau takut dengan kucing. So diaorang just tengok sambil merasa kasihan saja. Tak lebih daripada itu.



                Cepat tersentuh: Kalau tengok cerita yang sedih sikit, mesti korang sekali keluar air mata. Biasa la, menghayati cerita tu la katakan. Heh. Tapi actually sapa yang dapat calon isteri yang macam ni ada kebaikannya tau. Contohnya, korang tengok movie sama – sama dan movie yang korang tengok tu cerita sedih. Bila korang nampak airmata calon isteri korang tu keluar korang cepat – cepat la lapkan airmata calon isteri korang tu. Perh romantik beb. Calon isteri korang tu sure terbabas divider bila korang buat macam tu. Tapi lap air mata pakai tisu ya, jangan menggatal nak lap pakai tangan korang. Yang dah kawen tu dipersilakan la guna tangan korang nak lap airmata isteri korang tu. Yang tak kawen lagi jangan nak menggatal nak pegang – pegang anak dara orang.

Lelaki: Seperti di atas jugak, aku akan bandingkan dengan dua ciri sensitif yang aku listkan untuk girls;

                Belas kasihan: Lelaki ni rupa luaran je rock kapak, tapi dalam hati ada taman. Kalau aku pakai contoh anak kucing tadi, ramai lelaki yang gentlemen akan usaha turun dalam longkang tu nak selamatkan anak kucing tu. Tambah – tambah kalau anak kucing tu comel. Bila ada calon isteri korang dekat situ lagi korang galak nak tunjuk hero. Sanggup turun longkang semata – mata nak dapat pujian daripada calon isteri korang tu. Macam aku tak tahu. Ada jugak yang turun selamatkan anak kucing tu selepas calon isteri korang tu kata dia nakkan anak kucing yang comel tu. Heh. Dalam kes ni korang tak dikira sensitive lah ya.

                Cepat tersentuh: Tak ramai lelaki yang suka keluarkan air mata, tambah – tambah kalau depan calon isteri, tercalar reputasi sebagai lelaki macho. Ehem. Well actually, lelaki tu nak nangis, tapi ego, so dia tahankan diri dia supaya tak nangis. So actually kalau korang tengok mata dia betul – betul, korang boleh nampak mata dia nak merah dan berair sikit. So itu tandanya dia hampir – hampir nak nangis, tapi berjaya ditahan. Tapi, ada jugak lelaki yang boleh nangis depan calon isteri dia. Dan aku rasa tak ada masalahnya kalau korang nak nangis depan calon isteri korang tu. Eh eh, aku tak nangis lagi la setakat ni depan calon isteri aku. Ehem.


So, memang kontra kan? Tapi semua tu diatur supaya lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain. Juga untuk mendidik korang supaya menerima kekurangan calon isteri korang dan menghargai kelebihan calon isteri korang. Apasal aku jadi semacam ja ni? Tiba – tiba cakap ayat – ayat jiwang ni. Err. Ehem.

14 comments

  1. Aween Zamri Says:

    suka lah suka lah ! :D

  2. Nashrul Says:

    hahah. berjiwang plak kau :P gurau2. akhirnya update gak blog kauu.

  3. Mr. A Says:

    thanks aween :)

  4. Mr. A Says:

    nashrul: perh sibuk belajar nih :P haha

  5. Nashrul Says:

    hahah. ye la tuu :P aku calon spm gak. aq tau ko bz dok wat mende laen. hehe

  6. calon SPM? semoga berjaya. aminn.

    btw, lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain. sebab itu kita dijadikan berpasangan ;)


    Kisah Aku Dan Beruk

  7. Mr. A Says:

    nashrul: macam tau ja aku buat benda lain. HAHA :P
    miss y: thanks :)

  8. Nashrul Says:

    sudah tentuu. dah kau laki. mesti ade buat bende lain nyer. HAHA. xkan la study jeee. macam no life :P

  9. Mr. A Says:

    memang. naik juling mata aku asyik study je. HAHA

  10. Nashrul Says:

    HAHA. tp kan.. aq study okay je. study blog la :P

  11. Mr. A Says:

    Ceh, blog je? Habeh la kau SPM ni :P HAHA

  12. mine Says:

    best2 !! btoi sejibik-and-serupa dgn dnia skunk !! cma, ya lah , creative make everything attractive :-p

  13. aku bersyukur aku dilahirkan perempuan..:)

  14. ceh, MM, jangan susahkan laki ng nanti, sian dia, HAHA :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...