Taktik Orang Malas Puasa

Saturday 6 August 2011 at 11:40
Assalamualaikum.


Hello lelaki pemalas nak puasa dan perempuan yang tak puasa sebab err...faham - faham la sendiri. 2 minggu aku tak update blog, sampai berhabuk habis (hiperbola di situ). Apa - apa pun salam Ramadhan al - Mubarak kepada semua umat Islam. And aku nak tegaskan di sini bahawa aku akan terus berblog dan troll orang, regardless bulan puasa atau pun tak. HAHA. Ehem. By the way, aku akan bagitau alasan - alasan yang dikira kuno dan basi orang - orang yang pemalas nak puasa.


Terlupa nak niat

Ah alasan ni memang tipikal habis. Mentang - mentang la penat buat solat tarawikh sampai habis korang pun terus terbungkang atas katil, tak ingat apa - apa dah. Dah tu, sahur pun makan sambil tutup mata. Pemalas. Teringin aku nak tengok korang suap nasi masuk dalam hidung korang. HAHA. Dah kenyang bersahur terus lelapkan mata. Niat apa semua habis lupa. Bila bangun baru teringat tak niat lagi. Terus melantak makanan sebab tak niat. Senang je kan alasan nak puasa. Sepatutnya terus niat puasa walaupun dah terlewat, kalau korang memang betul - betul terlupa la. Tapi aku doubt korang memang betul - betul terlupa. Biasa lah.


Terlupa tengah puasa

Aku tau ramai yang terlupa yang sekarang bulan puasa dan ramai yang makan sebab tak teringat puasa. Tengah sedap - sedap melantak kantoi ada orang nampak. Dah nak kenyang pun. Lepas tu mula la reka alasan terlupa. Mungkin boleh diterima kalau baru first day puasa atau second day puasa tapi kalau tiap - tiap hari terlupa, aku rasa korang patut pergi servis otak korang tu. And aku bet benda yang berkeladak dalam otak korang tu mesti benda kuning kelabu asap contohnya pasal perempuan awek, adegan terlampau dan yang sewaktu dengannya.


Fullmoon

Faham - faham sendiri la apa maksud di atas tu. Ni orang perempuan punya alasan. Tapi yang paling tak boleh belah apabila ada perempuan period sampai sebulan penuh. HAHA. Alasan memang mintak kaki aku betul. Nampak sangat pemalas nak puasa. Ni macam mana nak jadi isteri orang ni? Puasa pun pemalas. Nak layan suami (jangan fikir benda pelik - pelik), nak jaga anak - anak bla bla bla. Kalau mak nyah pakai alasan ni memang aku sepak.


Gastrik

Alasan paling famous. Aku tak tahu la sapa yang cipta alasan ni tapi alasan ni memang ________. (fill in the blank sendiri) Yang paling best gastrik ni datang bulan puasa ja, bulan lain dia lari. Pandai pulak gastrik ni nak datang time bulan puasa. Tiap - tiap hari pulak tu gastrik. Kalau yang memang sakit tak apa la jugak. Tapi yang tumpang sekaki ni memang lah menjemput kaki aku ke muka korang. Berlakon bukan main sampai mengguling - guling sakit perut. Kesian orang yang betul - betul kena gastrik, tak pasal - pasal nama tercemar.


See? Kreatif tak alasan nak ponteng puasa? Seriously tak kreatif langsung. Yang gastrik tu mungkin kreatif sikit tapi tak la kreatif sangat pun. Memang obvious nak ponteng puasa. Korang memang predictable.

p/s: Seriously entry ni bosan gila.


4 comments

  1. Unknown Says:

    takpe, Allah yg MAha tauhu, kita tipu manusia, tipu diri sendiri

  2. dayu_myself Says:

    Alasn depan manusia boleh dibuat..
    tapi Alsan dekat Allah, tak kan prnah lepas..
    huhhhh...

    ^___^

  3. Ibu Ammar Says:

    alasan je semua tu. Allah maha Tahu. ayokkkk!

  4. @Lun: Betul :)

    @dayu: :)

    @Puteri Biru: Manusia, biasalah. Akal memang panjang. HAHA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...