5 Situasi Yang Annoying

Saturday, 13 August 2011 at 00:09
Assalamualaikum.


Hello annoyed boys and girls. Sebulan je lagi nak trial SPM. Sangat lah tak seronok nak study apa benda ni. Biasa lah, aku ni pemalas orangnya. HAHA. Mengata diri sendiri pulak. Aku tak nafikan examination semuanya annoying belaka. Bukannya apa, aku tak larat nak handle pressure. Tapi, examination ni less  annoying daripada 5 situasi yang akan aku listkan di bawah.


Situasi 1

Korang baru lepas study. Dengan otak tengah jammed sebab baru lepas study, korang pergi la tengok TV. Nak release tension la kononnya. Elok dah rebahkan badan, baru korang perasan remote TV/Astro tu ada atas rak.

Yang ini gilalah annoying. Dah sedap - sedap rebahkan badan baru perasan remote Astro tak ada kat tangan korang. Astro pulak siarkan rancangan entah apa - apa. Nak bangun tu, punyalah berat tahu tak. Aku sanggup panggil adik aku yang tengah buat kerja suruh dia tolong ambilkan remote tu. Alaa adik, dengan sapa lagi nak berbakti kalau bukan kat abang. Nanti aku dah kawin nanti dah tak boleh dah manja - manja. Ehem. Bukannya apa, adik aku tu perempuan. Aku menolong dia supaya jadi calon isteri yang baik. Tak pemalas macam.....Ehem. Perempuan sekarang ni berapa kerat la sangat yang pandai memasak dan rajin. Nasib baik comel tu ada sikit - sikit. HAHA.


Situasi 2


Korang penat - penat balik rumah lepas seharian dekat sekolah. Then lepas membuta barang tiga empat jam, baru teringat nak buat homework. And guess what? Homework pulak tertinggal dekat sekolah.

Perh potong betul kalau tengah semangat nak buat homework tiba - tiba baru perasan homework tertinggal dekat sekolah. Kalau tersedar awal tak apa la jugak since korang boleh merempit pergi ambil homework tu tapi kalau tersedar homework tertinggal pun dah pukul 10 malam, korang nak menyetan naik moto jugak pergi ambil homework? Aku berani bet tak ada sapa pun yag sudi nak ambil homework pukul 10 malam dekat sekolah. Sudah la menyusahkan, mengantuk lagi. Tu pun tak kira sekolah tu keras ke tak. Kalau keras memang tak akan ambil la.


Situasi 3


Korang cari - cari makanan dalam tudung saji semua habis. Yang korang nampak atas meja makan cumalah air teh dan biskut kering. Dah tak tahan sangat ngap saja la. Cecah lama sangat biskut tu dalam air teh sampai lembik biskut tu. Then, baru ja nak bukak mulut, biskut tu putus (putus? HAHA) sebab terlalu lembik dan jatuh dalam air teh balik.

Pernah alami benda ni? Ah tipu la tak pernah. Aku tau korang setakat makan nasi bukan cukup pun. Kalau boleh nak makan semua makanan yang ada dalam rumah tu *terasa*. Annoying gila kalau biskut tu putus (aku taktau nak letak perkataan apa. HAHA) tengah - tengah korang nak suap biskut tu dalam mulut. Sudahnya jadi hancur biskut tu. Air teh yang warna kuning oren jernih tu pun tukar jadi warna keladak biskut. Aku sebenarnya bukan apa. Malas nak pergi ambil sudu nak cedok biskut tu. Biasa la orang terlebih rajin *terasa lagi*.


Situasi 4


Korang baru lepas pergi dating dengan awek calon isteri korang and then dalam perjalanan balik ke rumah tu korang perasan minyak dah nak empty. Korang punya la cari stesen minyak nak refill. Then bila dah jumpa tau apa yang jadi? Yes. Terlajak.

Tak larat gila nak patah balik ke stesen minyak semata - mata nak refill minyak moto. Kalau dah tahap kronik tu terpaksa la gagahkan diri jugak nak patah balik sebab minyak dah empty. Kalau minyak ada sikit lagi tu jangan harap la nak patah balik. Buang karan tahu. Lagi malas kalau tengah bawak banyak barang dalam raga moto. Sudah la kena buat dua kali kerja. Mood time tu jangan tanya lah. Memang menggelegak. Tunggu masa ja nak sembur dekat orang tak bersalah. Kesian orang lain tak pasal - pasal jadi mangsa. Selalunya yang menjadi mangsa ni ialah golongan adik - adik, pakwe dan makwe. Ya aku tahu. Nasib tiga golongan ni memang malang.


Situasi 5


Dah lepas copy masuk movie (movie apa la gamaknya ni?) daripada pendrive masuk ke dalam lappy, dengan suka hatinya klik 'safely remove bla bla bla' and then? 'Cannot remove bla bla bla whatever' something like this. Pffft.

Aku paling pantang benda ni jadi kalau aku pergi cyber cafe. Bukannya apa, aku tak sabar nak balik rumah sebab orang kata rumahku syurgaku. Buat apa aku nak duduk lama - lama dekat cyber cafe yang probability untuk orang lain memperdajalkan virginity mata dan hati aku sangat tinggi. Eceh. Bajet suci. Tapi serius la, kalau tak ada urusan yang mustahak aku tak akan pergi cyber cafe. Memang manusia - manusia dalam tu perangai pelik - pelik. Err of course tak termasuk aku. Ehem.


So, benda - benda ni la selalunya yang membuatkan mood aku baik jadi kurang baik sikit. Sikit ja, tak banyak. HAHA. Ehem. Avoid benda - benda ni kalau korang nak buat apa - apa pun lepas tu. Kalau jadi, sure sakit hati.

5 comments

  1. PEAH Says:

    aja2 fighting adeq. SPM tu exam paling senang nk bandingkan dgn matrik/asasi. degree x tahu la nk gambarkan lg sebab blum masuk faculty.

    jd, struggle betul2 utk spm. sebab lps spm masa pling senang utk dpt biasiswa. x byk persaingan lg.

  2. Baiklah :)

  3. haha..sngtlah annoying..cis :D

  4. asy faro Says:

    hahaha, yg buat aku tersenyum situasi 1 ngn situasi 3 sbb pernah berlaku kat diri aku, bila fikir balik memang baru perasan bnda tu mmg anoying gila, hahaha

    btw, salam kenal dr aku, asy faro.
    senang2 lawat blog aku k.
    http://asyfaro.blogspot.com/

    blog kau best, aku nak follow!

  5. @Syafiqah: Betul!! :D
    @Asy: Thanks :) Btw blog kau pun best jugak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...