Perubahan Seiring Usia

Saturday, 23 July 2011 at 17:40
Assalamualaikum.


Life is awesome isn't it? Credit


Hello makhluk sang Pencipta sekalian. Dah lama aku tak update blog. Bukannya apa, minggu lepas aku sibuk dengan exam dekat sekolah aku. Mana nak study, makan, minum, tidur.... Ok fine, aku tipu ja tak ada masa untuk makan, minum dan tidur. Yang study tu dah ke laut, jangan tanya. Korang pernah terfikir tak perubahan yang korang alami seiring peningkatan umur korang? Maybe ada dan maybe tak ada yang terfikir pun pasal perubahan ni. Ada perubahan yang best dan ada perubahan yang korang tak suka. Aku akan bagitau perubahan yang terjadi seiring dengan peningkatan usia korang.


Jerawat




Pimples? What are pimples? Ah takkan tak tahu kot. Tipu la kalau tak tahu. Yes. Semakin meningkat usia, semakin jerawat penuh di muka. Hipotesis yang terbaik. And benda ni paling ketara dekat perempuan. Aku tak tahu kenapa, hormon diaorang maybe. Aku tak kata lelaki tak ada. Lelaki pun ada jerawat ni semua. Tapi selalunya kalau berkaitan jerawat, perempuan la yang paling tak tidur lena. And aku tak faham kenapa. Jatuh saham maybe. Biasalah. Girlssss sekarang ni semua gatal nak kawin awal. Lelaki je baik. Fikir benda lain selain kawin dan malam pertama. Ehem. Perempuan sekarang ni semua nak suami kaya, hensem, kaya, hensem, hantaran taraf puteri bla bla bla. Masa depan katanya. Kesian lelaki - lelaki macam aku ni.



Perangai




Masa budak - budak dulu biasalah. Mak bapak bagi seringgit pun dah melompat macam kera kena belacan. Sekarang jangan harap. Seringgit tu umpama sepuluh sen. Siap protes lagi ada. Macam aku tak tahu. *terasa* Semakin meningkat usia juga, semakin galak nak berkenalan secara rapat dengan kaum calon isteri/calon suami. Biasalah. Nak merasa pengalaman bercinta. Kalau tak ada pengalaman orang kata loser. Heh. Bukan aku yang kata, tapi kaum aku yang kata. Kalau kaum aku yang kata tak semestinya aku yang kata benda tu. Pening tak? HAHA. Tak pening? Alaa, pening la pening la. Dan ada jugak orang yang start bercinta mula - mula perangai baik, pijak semut tak mati. Bernasib baik betul semut tu. Lepas tu mula lah bunga - bunga kepuakaan dalam diri.

"Awak, jom ringan - ringan jom."

This is it. Climax of everything. And after that, faham - faham sendiri la apa yang jadi. Aku tak tahu nak salahkan siapa, perempuan yang terlalu baik atau lelaki yang terlalu puaka. Tapi kesimpulannya kedua - dua kaum gatal nak advancekan malam pertama. Kawin taknak. Ciss.



Medium untuk bermanja - manja 








Korang tahu tak dulu orang pakai isyarat asap je nak berkomunikasi dengan orang? Sekarang macam - macam ada. Tipu la sapa yang baca blog aku tak ada Facebook. Apa? Memang tak ada? Penipuan terbesar abad ini. Macam mana kau tahu blog aku? Ehem. Dulu telefon bimbit memang la pilihan utama, sekarang ni telefon bimbit lempar longkang saja la. Mentang - mentang la ada Facebook dan Twitter sekarang, terasa cik telefon bimbit. Ehem. Korang bertuah gila lahir - lahir terus tengok iPad. *jeles*


Banyak lagi sebenarnya perubahan yang berlaku dalam diri kita. Tapi nanti - nantilah aku bagitau, penat nak memerah otak (tak ada idea) HAHA.


p/s: Maaf entry agak membosankan.

4 comments

  1. Sedapnya kutuk perempuan :D

  2. HAHA. Nasiblah :P

  3. Nashrul Says:

    I love it when girls are trolled :P

  4. HAHA. I love trolling the girls :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...