Awkward Moments

Friday, 23 December 2011 at 21:56
Assalamualaikum.







What's up ladies and gentlemen. How's life? Teruk? Baik? What's life without a little risk? Ehem. Okay okay. Dah lama aku tak update blog ni kan? Dah tiga bulan kot. Biasa la, trial SPM, lepas tu SPM pulak. Combine trial + SPM dah hampir 2 bulan. Then, sebulan lagi aku buat apa? Aku study la. Tapi taktau la girls kan, kan diaorang suka tidur petang. HAHA. Eh, betul what, diaorang memang suka tidur petang pun. Kan diaorang rajin study, pagi siang malam study. Petang time diaorang rehat. Ehem. Okay, since aku dah lama tak buat entry ni, aku pun tak ingat dah macam mana style penulisan aku yang dulu. Dulu aku pernah tulis pasal situasi yang annoying. Korang boleh refer kat entry ni. And aku nak start balik blog ni dengan awkward moments.


Awkward moments tu apa?

Awkward moments tu bila korang dengan tak sengaja memalukan diri korang sendiri. Yes, ini kesilapan yang tak disengajakan. Eh, ada ka yang suka memalukan diri sendiri? Ada ja. Contohnya, cer korang usha manusia yang pakai legging. Buruk tahu. Eh perempuan yang comel sekalian sila jangan terasa. Ehem. Here we go then.


Awkward moments number 1: Korang tengah perbetul tudung/rambut etc kat cermin kereta orang, tengah syok - syok perbetul tu, baru korang perasan ada orang dalam kereta tu.


Oh yeah. Pernah jadi kat korang tak? Tak pernah? Eleh, ya la tu tak pernah. Buat malu - malu kucing pulak tak mengaku. Well, for you information, aku pernah ja merasa benda ni. Tapi bukan kat cermin kereta orang la, tapi kat cermin tingkap rumah tok aku. Tengah syok perbetul rambut, baru aku perasan maksu aku ada kat situ. Aku dengan selambanya buat taktau ja belah macam takdak apa - apa yang berlaku. Rasa nak menjerit ja tahu. Segan gila. Well, lelaki kan pentingkan penampilan. Rambut mau tersusun rapi la ye dak? Baru ada orang mau. Eh aku mana tau benda - benda macam ni. Korang kan expert. Ehem.


Eh eh, perempuan pun sama kan. Mana la ada yang nak comot - comot ye dak? Mesti semua nak comel - comel belaka. Biasa la, nak bagi naik saham kan. Bila dah naik saham, ada orang mau. Bila ada orang mau, brag kata orang market tinggi. Then, atas dasar kononnya cinta, korang dengan rela hati serahkan badan korang kat bf korang. Yeah, dah ada skrip pun, I know. Memang predictable pun drama cinta korang.



Awkward moments number 2: Korang terjumpa la sorang ni, korang kenal dia. Then borak kemain sakan lagi baru dia tanya. "Ni sapa? Tak kenal la."


HAHA. Ni mesti pernah jadi kat korang kan? Tak pernah? Tipu la. Ni selalunya terjadi kalau korang teringat crush lama korang. Biasa la rindu ye dak? Then korang dengan bersemangatnya cerita macam - macam kat dia. Then, ada someone kat sebelah dia. You know who it is? Yes, bini dia. Naya ja kena taboh. Sudah la sakit, malu pulak dia tak kenal korang. Balik terus cari pisau kan? Kan? Kaaaaaan? Okay tak kot, aku percaya korang orang yang beriman, tak buat benda macam tu semua kan? Sila jawab ya. 

Well, takdak la semua pernah merasa pengalaman macam ni kan. Yang terpilih ja merasa benda ni semua. Well, aku tak terpilih pun nak merasa pengalaman macam ni and aku harap takkan pernah jadi kat aku. Malu gila. 


Awkward moments number 3: Korang pi la ke shopping complex. Lengkap high heels, cardigan etc. Then, masa korang tengah syok jalan catwalk, korang terpelecok sebab pakai high heels.


Oh yeah. Special for you girls. Aku saja la cari awkward moments untuk korang kan. Biasa la, betapa caringnya aku, sanggup perah otak nak cari awkward moments untuk korang. Well, bukan idea aku pun benda ni. Ada la sorang budak tu bagi. Ehem. Yeah cute and handsome girls out there, adakah anda antara yang pernah terkena awkward moments macam ni? Pernah? Biasa la kan. Girls memang suka pakai high heels pun. Nasib baik takdak high heels yang 10 inci punya.

Best tak terpelecok? Sakit tak? Eh korang kan kuat, aku yakin korang tak nangis, teresak - esak tu ada la kan. Ehem. Itu la, orang lain nak pakai heels, korang pun nak pakai. Kan dah tak pasal - pasal dapat malu. Aku ni bukan apa. Sebagai lelaki yang prihatin dan caring (kahkahkah), aku taknak la ada perempuan yang jalan herot nanti.


Awkward moments number 4: Korang pergi la bowling center dengan future wife korang. Hajatnya nak main bowling la. At the same time korang nak jugak tunjukkan kehebatan korang kat future wife korang. Korang pun siap sedia la nak bowl. Then tiba - tiba, bowling ball tu terlepas daripada tangan korang then jatuh atas lane.


Well, untuk puaskan hati perempuan yang comel - comel bila marah, aku masukkan jugak awkward moments untuk lelaki. Biasa la kan, perempuan ni mana nak senang duduk kalau diaorang ja yang kena kutuk ye dak? Tak? Alaa, ya la ya la. Ehem. Well handsome and romantic boys out there, pernah tak jadi kat korang benda ni? Tak pernah. Yang ni boleh la aku percaya tak pernah. Korang pi situ nak ambik angin ja kan, bukan nak usha perempuan kan? Ya aku tau. Kaum aku memang baik. Sudah la baik, handsome + romantic lagi.

Sapa kata lelaki Melayu tak romantic? Ingat orang Korea ja ka yang romantic. Antaranya Mr. K and aku *perasan*. Ehem. Oh yeah, instead nak tunjuk kuat depan future wife, end up memalukan diri sendiri. Bad trade? You bet. Sapa suruh nak tunjuk kuat kan.


Well, awkward moments ni semua orang akan kena, terlalu banyak actually kalau nak listkan and elaborate. And actually aku taktau sama ada entry ni best ka tak sebab dah lama tak buat entry. So enjoy la.

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...