Do Not Ever Fall For These Kinds of Men

Wednesday 29 June 2011 at 23:57
Assalamualaikum.


Hello girls and boys. Tengok tajuk tu, mesti korang ingat entry ni untuk perempuan je kan? Actually tak. Entry ni untuk lelaki jugak. So dalam entry kali ni aku nak bagitahu kepada korang terutamanya girls sekalian yang priceless supaya jangan jatuh hati kepada jenis lelaki yang akan aku sebutkan.



Player


Ya. Lelaki player. Player aka playboy. Bukan plier yang korang guna nak potong wayar tu. Ehem. Kenapa ya aku kata jangan fall for this kind of man? Sebabnya, player ni selalunya ambil perempuan tu sebagai awek atas dasar fizikal perempuan tu. Faktor hati memang tak pandang langsung. Which means lelaki player ni bila –bila masa sahaja boleh tinggalkan korang kalau dia jumpa girls yang wayyyy better daripada korang. Of course in term of fizikal. Lepas tu kena dump tu mulalah nak nangis – nangis apa semua tu. Dah tak berguna dah pun masa tu. Sapa suruh korang cari lelaki yang buaya? Lelaki setia banyak je, termasuk la penulis blog ni. Ehem.

Tapi, ada sesetengah lelaki bila dah jumpa perempuan yang dia betul – betul suka, dia akan stick dekat perempuan tu. Which means dia dah jadi lelaki yang setia. Tapi benda ni bergantung pada luck. Kalau korang girls mampu buat lelaki player ni berubah, korang sangat bertuah. Sebabnya? Lelaki player ni selalunya hensem – hensem belaka, badan tough dan most of them ada tebu dekat bibir. Aku tak kata semua. Tapi selalunya. Ada jugak yang muka macam tongkang pecah tapi girls tetap suka. Aku tak tahu kenapa tapi aku tahu perempuan ni tak kisah sangat pasal muka hensem ke tak. Janji hati baik.


Pentingkan Nafsu


Yang ni memang tak layak dibuat pakwe. Korang memang bangang bodoh tak cerdik kurang cerdik kalau korang tak kisah korang diperlakukan macam seorang isteri yang haram. Isteri yang haram  = awek yang belum sah menjadi milik korang. Tak kisah la equation tu. Janji korang faham apa yang aku maksudkan. Kalau pakwe korang mintak buat ringan – ringan ke, berat ke, absolutely jangan benarkan. Ada tiga steps yang korang boleh buat untuk korang reject permintaan pakwe korang tu.

1.       Give him a middle finger.
2.       Tendang alat sulit dia.
3.       Dump him.

Tiga steps yang korang boleh praktikkan dan ianya brutal. Sangat brutal. Tapi aku galakkan korang buat step nombor dua tu. Buat kuat – kuat pun tak apa. Nak sangat rosakkan anak dara orang. Padan muka dia. Ehem. And of course korang kena buat benda ni dalam satu masa. Contohnya, korang give him middle finger, THEN tendang alat sulit dia, THEN dump him. Aku tekankan THEN sebab korang kena buat tiga steps ni bila FIRST time dia mintak nak buat benda tak senonoh tu. Takkan la korang nak give him middle finger je first time dia mintak nak buat benda tu, then second time dia mintak buat benda tu korang deliver a deadly kick to his ehem - ehem, then third time baru korang dump lelaki tu? Well, tak sempat nak habiskan tiga steps tu barangkali korang dah kena rogol. Ya. Seks bawah umur dikira rogol.

Dan jangan benarkan lelaki tu buat ringan – ringan dengan korang walaupun korang sayangkan dia. Cuba korang fikir dengan rasional, lelaki yang sayangkan korang TAK akan rosakkan korang. Aku bet lepas dia dah dapat rasa badan kau, dia dump korang terus. Aku tak tahu nak salahkan sapa dalam hal ni. Lelaki yang suka rosakkan perempuan atau perempuan yang suka rosakkan diri sendiri. Kalau nak buat contoh senang je. Andaikan lelaki tu seorang pemain bola. Dan korang girls pulak bola. Apa yang pemain bola selalu buat kalau dah dapat bola? Yes. Dia akan sepak bola tu. Korang girls nak hilang dara korang then kena dump macam bola yang kena sepak? Korang kata nak? Bak sini muka korang aku nak bagi kaki aku sekarang.



Mulut manis


Aku nak tegaskan di sini. Mulut manis is NOT equal to romantik. Kasanova is equal to mulut manis. Orang yang mulut manis ni just nak puji perempuan sampai terangkat – angkat. Biasa lah. Perempuan ni buat – buat jual mahal je bila kena puji.


Lelaki: Awak comel lah.
Perempuan: Mana ada.
Lelaki: Betul, awak comel.
Perempuan: Ish, tak la.
Lelaki: Bila awak marah lagi comel.
Perempuan: Orang kata tak tu tak la.


See? Bukannya nak appreciate pun orang puji. Nak marah orang ada la. Tapi dalam hati dah berbunga – bunga kena puji. Heh. Perempuan sangat senang untuk jatuh hati kepada orang yang mulut manis. Tapi bukan semua senang jatuh hati. Lelaki mulut manis ni selalunya pasang perempuan sampai empat. Kuota kawen la katakan. Sebabnya? Diaorang ni mulut manis, berkarisma dan selalunya mempunyai sex appeal yang tinggi. Dan mostly sahaja, bukan semua. Apa kesannya kalau dapat lelaki mulut manis ni? Let’s see…

  • ·         Kena main kayu tiga memang sure la.
  • ·         Peluang patah hati sangat tinggi.
  • ·         Buang masa layan lelaki yang tak pernah serius nak berkahwin dengan korang.
  • ·         Peluang hilang dara juga tinggi (kalau korang dapat lelaki yang pentingkan nafsu)



Tak Ada Prospek Masa Depan


Cinta suci? Cinta yang hanya melihat kepada faktor hati dan membuang semua faktor lain macam paras rupa, harta, kerjaya? Oh jangan la kata korang pernah alami atau nak alami pengalaman ni. Penipuan terbesar abad ini. Dengan perempuan sekarang ni semua pentingkan lelaki yang ada kewangan yang stable sebab diaorang mata duitan nak lelaki yang mampu tampung kehidupan diaorang bila dah kawen nanti. Yang ni memang obvious la. Mana la ada orang nak makan pasir/rumput/batu/kayu atau yang sewaktu dengannya. Apa? Taknak bebankan suami so korang tak suka mintak duit daripada suami? Ni satu lagi masalah. Buat apa cari suami kalau taknak merasa duit gaji orang? Biasa lah isteri mithali la katakan. Aku tak benci pun perempuan macam ni tapi tak ada point lah korang berkahwin. How about baju raya? Apa? Pakai duit sendiri nak beli? Yeah right. Kalau korang girls just a normal suri rumah, korang nak cekau duit kat mana?

A.     A. Mak
B.       B. Ayah
C.      C. Kawan
D.      D. Adik
E.       E. Suami

Of course la jawapannya E. Heh. By the way, kalau la korang nak sangat cinta suci ni, korang patut consider beberapa perkara. Which is;

Pekerjaan:

Aku nak tanya korang la. Korang pandang kah tukang sapu kaki lima, cuci longkang? Aku berani bet tak ada pun yang nak. Aku tak hina golongan ni tapi memang tak ada yang suka. Perempuan sekarang ni demand tinggi, tambah – tambah yang bajet cun/hot. Pesen doctor, engineer, pilot atau apa – apa pun yang gempak sikit ni memang la default choice. Heh. Typical mata duitan girls. Ehem.

Harta/gaji:

Dengan kos sara hidup yang memang nak bankrapkan orang sekarang ni, memang mustahil perempuan normal nak suami yang gajinya ciput. Bawah seribu memang reject terus. Bawah dua ribu pun pandang sebelah mata. Atas tiga ribu baru bukak mata luas – luas. Typical mata duitan girls again. Ehem.



Actually, banyak lagi ciri – ciri lelaki yang tak patut korang ambil jadi lelaki. Tapi cukuplah empat ni sebab empat ni memang benda yang ketara. Yang teruk jugak yang korang nak. Yang baik macam aku ni tak nak pulak. Ehem.

p/s: Korang ingat satu benda la. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. And by the way, for girls, aku saja ja nak perli korang. Harap jangan ambil hati ya. HAHA

4 comments

  1. Nashrul Says:

    betul sebetul betulnya. hahah. tapi kalau kita tgk laki2 camni la yg slalu ade gf. yang baik2 bnyk single. hahah! nice guys finish last

  2. Ya. Eh, aku baik la ni maknanya? HAHA :P

  3. i hate playboy and i hate 'jiwangsss'.. it make me sick n wanna vomit..

  4. MM, taknak kena madu ka? dapat payung emas kat syurga lagi tau :P

    jiwang = mulut manis ka wei? bukan pompuan suka ka lelaki romantik ni? HAHA :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...