Do Not Ever Fall For These Kinds of Men

Wednesday 29 June 2011 at 23:57
Assalamualaikum.


Hello girls and boys. Tengok tajuk tu, mesti korang ingat entry ni untuk perempuan je kan? Actually tak. Entry ni untuk lelaki jugak. So dalam entry kali ni aku nak bagitahu kepada korang terutamanya girls sekalian yang priceless supaya jangan jatuh hati kepada jenis lelaki yang akan aku sebutkan.



Player


Ya. Lelaki player. Player aka playboy. Bukan plier yang korang guna nak potong wayar tu. Ehem. Kenapa ya aku kata jangan fall for this kind of man? Sebabnya, player ni selalunya ambil perempuan tu sebagai awek atas dasar fizikal perempuan tu. Faktor hati memang tak pandang langsung. Which means lelaki player ni bila –bila masa sahaja boleh tinggalkan korang kalau dia jumpa girls yang wayyyy better daripada korang. Of course in term of fizikal. Lepas tu kena dump tu mulalah nak nangis – nangis apa semua tu. Dah tak berguna dah pun masa tu. Sapa suruh korang cari lelaki yang buaya? Lelaki setia banyak je, termasuk la penulis blog ni. Ehem.

Tapi, ada sesetengah lelaki bila dah jumpa perempuan yang dia betul – betul suka, dia akan stick dekat perempuan tu. Which means dia dah jadi lelaki yang setia. Tapi benda ni bergantung pada luck. Kalau korang girls mampu buat lelaki player ni berubah, korang sangat bertuah. Sebabnya? Lelaki player ni selalunya hensem – hensem belaka, badan tough dan most of them ada tebu dekat bibir. Aku tak kata semua. Tapi selalunya. Ada jugak yang muka macam tongkang pecah tapi girls tetap suka. Aku tak tahu kenapa tapi aku tahu perempuan ni tak kisah sangat pasal muka hensem ke tak. Janji hati baik.


Pentingkan Nafsu


Yang ni memang tak layak dibuat pakwe. Korang memang bangang bodoh tak cerdik kurang cerdik kalau korang tak kisah korang diperlakukan macam seorang isteri yang haram. Isteri yang haram  = awek yang belum sah menjadi milik korang. Tak kisah la equation tu. Janji korang faham apa yang aku maksudkan. Kalau pakwe korang mintak buat ringan – ringan ke, berat ke, absolutely jangan benarkan. Ada tiga steps yang korang boleh buat untuk korang reject permintaan pakwe korang tu.

1.       Give him a middle finger.
2.       Tendang alat sulit dia.
3.       Dump him.

Tiga steps yang korang boleh praktikkan dan ianya brutal. Sangat brutal. Tapi aku galakkan korang buat step nombor dua tu. Buat kuat – kuat pun tak apa. Nak sangat rosakkan anak dara orang. Padan muka dia. Ehem. And of course korang kena buat benda ni dalam satu masa. Contohnya, korang give him middle finger, THEN tendang alat sulit dia, THEN dump him. Aku tekankan THEN sebab korang kena buat tiga steps ni bila FIRST time dia mintak nak buat benda tak senonoh tu. Takkan la korang nak give him middle finger je first time dia mintak nak buat benda tu, then second time dia mintak buat benda tu korang deliver a deadly kick to his ehem - ehem, then third time baru korang dump lelaki tu? Well, tak sempat nak habiskan tiga steps tu barangkali korang dah kena rogol. Ya. Seks bawah umur dikira rogol.

Dan jangan benarkan lelaki tu buat ringan – ringan dengan korang walaupun korang sayangkan dia. Cuba korang fikir dengan rasional, lelaki yang sayangkan korang TAK akan rosakkan korang. Aku bet lepas dia dah dapat rasa badan kau, dia dump korang terus. Aku tak tahu nak salahkan sapa dalam hal ni. Lelaki yang suka rosakkan perempuan atau perempuan yang suka rosakkan diri sendiri. Kalau nak buat contoh senang je. Andaikan lelaki tu seorang pemain bola. Dan korang girls pulak bola. Apa yang pemain bola selalu buat kalau dah dapat bola? Yes. Dia akan sepak bola tu. Korang girls nak hilang dara korang then kena dump macam bola yang kena sepak? Korang kata nak? Bak sini muka korang aku nak bagi kaki aku sekarang.



Mulut manis


Aku nak tegaskan di sini. Mulut manis is NOT equal to romantik. Kasanova is equal to mulut manis. Orang yang mulut manis ni just nak puji perempuan sampai terangkat – angkat. Biasa lah. Perempuan ni buat – buat jual mahal je bila kena puji.


Lelaki: Awak comel lah.
Perempuan: Mana ada.
Lelaki: Betul, awak comel.
Perempuan: Ish, tak la.
Lelaki: Bila awak marah lagi comel.
Perempuan: Orang kata tak tu tak la.


See? Bukannya nak appreciate pun orang puji. Nak marah orang ada la. Tapi dalam hati dah berbunga – bunga kena puji. Heh. Perempuan sangat senang untuk jatuh hati kepada orang yang mulut manis. Tapi bukan semua senang jatuh hati. Lelaki mulut manis ni selalunya pasang perempuan sampai empat. Kuota kawen la katakan. Sebabnya? Diaorang ni mulut manis, berkarisma dan selalunya mempunyai sex appeal yang tinggi. Dan mostly sahaja, bukan semua. Apa kesannya kalau dapat lelaki mulut manis ni? Let’s see…

  • ·         Kena main kayu tiga memang sure la.
  • ·         Peluang patah hati sangat tinggi.
  • ·         Buang masa layan lelaki yang tak pernah serius nak berkahwin dengan korang.
  • ·         Peluang hilang dara juga tinggi (kalau korang dapat lelaki yang pentingkan nafsu)



Tak Ada Prospek Masa Depan


Cinta suci? Cinta yang hanya melihat kepada faktor hati dan membuang semua faktor lain macam paras rupa, harta, kerjaya? Oh jangan la kata korang pernah alami atau nak alami pengalaman ni. Penipuan terbesar abad ini. Dengan perempuan sekarang ni semua pentingkan lelaki yang ada kewangan yang stable sebab diaorang mata duitan nak lelaki yang mampu tampung kehidupan diaorang bila dah kawen nanti. Yang ni memang obvious la. Mana la ada orang nak makan pasir/rumput/batu/kayu atau yang sewaktu dengannya. Apa? Taknak bebankan suami so korang tak suka mintak duit daripada suami? Ni satu lagi masalah. Buat apa cari suami kalau taknak merasa duit gaji orang? Biasa lah isteri mithali la katakan. Aku tak benci pun perempuan macam ni tapi tak ada point lah korang berkahwin. How about baju raya? Apa? Pakai duit sendiri nak beli? Yeah right. Kalau korang girls just a normal suri rumah, korang nak cekau duit kat mana?

A.     A. Mak
B.       B. Ayah
C.      C. Kawan
D.      D. Adik
E.       E. Suami

Of course la jawapannya E. Heh. By the way, kalau la korang nak sangat cinta suci ni, korang patut consider beberapa perkara. Which is;

Pekerjaan:

Aku nak tanya korang la. Korang pandang kah tukang sapu kaki lima, cuci longkang? Aku berani bet tak ada pun yang nak. Aku tak hina golongan ni tapi memang tak ada yang suka. Perempuan sekarang ni demand tinggi, tambah – tambah yang bajet cun/hot. Pesen doctor, engineer, pilot atau apa – apa pun yang gempak sikit ni memang la default choice. Heh. Typical mata duitan girls. Ehem.

Harta/gaji:

Dengan kos sara hidup yang memang nak bankrapkan orang sekarang ni, memang mustahil perempuan normal nak suami yang gajinya ciput. Bawah seribu memang reject terus. Bawah dua ribu pun pandang sebelah mata. Atas tiga ribu baru bukak mata luas – luas. Typical mata duitan girls again. Ehem.



Actually, banyak lagi ciri – ciri lelaki yang tak patut korang ambil jadi lelaki. Tapi cukuplah empat ni sebab empat ni memang benda yang ketara. Yang teruk jugak yang korang nak. Yang baik macam aku ni tak nak pulak. Ehem.

p/s: Korang ingat satu benda la. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. And by the way, for girls, aku saja ja nak perli korang. Harap jangan ambil hati ya. HAHA

Anger: Suppress It

Sunday 26 June 2011 at 14:40
Assalamualaikum.



                Hello boys and girls. How’s the weekend? Apa? Bosan? Sama lah kita. Tak ada benda yang best pun melenggang kaki dekat rumah hujung minggu. Nak study malas, nak usha Facebook awek malas, nak buat homework pun malas. So, apa yang aku rajin time cuti hujung minggu ni? Tak ada apa pun yang rajin. Semuanya malas belaka. Ehem. So aku akan bagi tahu korang bagaimana nak atasi kemarahan yang tengah membuak – buak or at least try to suppress it. Idea asal entry ni datang daripada blog Nashrul, tapi aku ada ubah sikit points. Credit to him.



Mandi


Oh yeah mandi. Korang pernah rasa apabila korang balik kerja atau balik dari sekolah atau apa – apa pun dan time tu korang letih, and then korang mandi. Korang pernah rasa? Tak pernah? Kambing ke apa malas mandi ni? Apa? Naik panau kalau mandi time berpeluh dan panas? Ye ye je kau. Kata la malas nak mandi, kan senang. Ehem. By the way, kalau korang mandi lepas bershopping apa semua tu kan, apa yang korang rasa? Relaxing sensation? Yes it is. Apabila korang marah, korang boleh pergi mandi untuk redakan kemarahan tu. Bukannya susah pun nak mandi. Just ambil timba/baldi or whatever it is then korang siram la diri korang tu. Kalau korang nak tahu, air ni ada some sort of therapy. Air juga bersifat menenangkan so kalau korang mandi time korang tengah angin satu badan sebab kena marah dengan awek mak bapak korang, korang boleh jadi tenang dan berfikir secara rasional. Bagi aku mandi ni memang paling berkesan bagi aku kalau aku tengah angin.



Shouting Out Loud

Jangan lakukan aksi ini. Credit to ultimatereef.net


                Cara ni paling efektif kalau korang berada dekat tempat yang sunyi dan jauh dari orang. Preferably dalam kebun/atas bukit/tempat tak ada orang. Sebabnya? Korang nak orang lain cop korang gila sebab tiba – tiba menjerit? Apa? Nak? Silalah ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Aku tak bagi korang jerit dalam rumah bukan sebab apa. Sebab kalau korang menjerit dalam rumah kemungkinan besar rahsia korang terbongkar sebab orang dalam rumah korang akan paksa korang bagitau masalah korang. Korang tentulah tak nak bagitau benda yang private dekat orang lain. Well, lelaki memang tak suka bagitau rahsia dia kepada orang lain even kepada awek dia. Kenapa? Kaum lelaki ni special. Bukan complicated ok. Perempuan ni pulak suka ceritakan masalah dia kepada orang lain, tapi bukan sebarangan orang. Kontra kan? Lelaki dan perempuan memang kontra. Refer to this entry.



Conteng Kertas


Aku jarang amalkan benda ni kalau aku marah, tapi memang berkesan. Korang ambillah kertas A4 ke, A5 ke, A6 ke, tak kisah janji korang boleh conteng. Dan juga pen yang banyak dakwat. Kenapa aku kata pen yang banyak dakwat? Sebab selalunya korang kalau conteng bukan main – main punya. Corak pun tak ada. Abstrak je contengan korang tu. Kertas yang asalnya putih pun boleh jadi hitam kalau orang yang tengah marah conteng kertas. Dan satu lagi sebab, korang mungkin bertambah angin kalau tengah syok – syok conteng kertas tu tiba – tiba dakwat habis. Agak – agak korang, lepas dakwat pen korang tu habis tu korang nak buat apa kepada pen tu? Baling ke dinding? Patahkan pen tu? Kedua – duanya aku setuju. Dan aku galakkan korang supaya korang tak tulis lucah/mencarut/mengutuk masa korang tengah menconteng tu, sebab korang mungkin akan rasa lega dan pada masa yang sama juga korang MUNGKIN benci orang tu. Tapi selalunya sekejap saja benci tu. Lelaki ni memang cepat habis anginnya tu. Kalau perempuan selalunya memang lambat la habis anginnya tu. Kontra again? Ehem. Biasa la trend orang tengah bercinta ni. Tengah bahagia rasa macam syurga. Tengah bergaduh rasa macam neraka. Perangai pun sekali puaka. Ehem. -hiperbola-



Nikmati Pemandangan Alam

Ini sangat cantik faham tak? Credit to konjo100.blogspot.com


Cara keempat dan bagi aku cara yang paling relaks. Sebabnya:

  • ·         Boleh nikmati pemandangan alam.
  • ·         Udara segar.
  • ·         Boleh lupakan sekejap masalah yag timbul
  • ·         Boleh lupakan sekejap punca masalah.




Yang nombor 4 tu mungkin agak pelik. Korang boleh lupakan sekejap punca masalah korang. Awek ke, mak bapak ke, lupakan sekejap. Dalam keadaan ni, korang terpaksa lupakan sekejap diaorang sebab kalau korang teringatkan diaorang, korang boleh tiba – tiba naik angin semula. Apa? Anak tak kenang budi sebab lupakan mak bapak? Aku nak tanya korang la, Allah korang pernah lupa? Aku bet sepanjang masa. Tolak time korang susah dan time solat, tu pun tak khusyuk. Time senang jangan harap la korang nak ingat. Macam la aku tak tau. Ehem.



Actually banyak lagi cara nak atasi kemarahan ni. Terlalu banyak. Cuma korang je pilih nak stay dalam keadaan marah. Aku tak tahu la apa yang bestnya time marah ni. Nampak menakutkan? Garang? Boleh pukul orang? Suka – suka korang je nak pukul orang. Macam la korang kuat sangat nak pukul orang ni. Nak pegang tukul pun tak larat. Ehem.

Troll: Bahasa Alien

Tuesday 21 June 2011 at 20:19
Assalamualaikum.


Hello tough boys dan girly girls sekalian. Sekarang ni aku memang ada mood nak troll. So hari ni aku akan troll sehabis – habisnya pasal bahasa alien ni. Bukannya bahasa alien yang betul pun, exaggerating je lebih. Ehem.


Bahasa alien no 1: “pipel whO dizLiek diZ iZ mie”

Ya. Aku layan Pokemon. So what? Credit to my.spill.com


Macam sial je kan? Aku paling benci kalau aku masuk forum, aku jumpa orang yang guna bahasa alien yang ni. Rasa nak report je orang yang pakai bahasa yang ‘terlebih’ kreatif ni. Well, aku akui memang kreatif bahasa alien yang ni, tetapi kreatif bagi orang yang terencat akalnya. So, sapa yang pakai bahasa ni terencat la akalnya? Ya, memang terencat. Even aku jumpa yang pendek – pendek pun aku dah angin gila dah, tambah – tambah yang panjang layaknya satu karangan. Sapa yang pakai bahasa ni memang mintak kaki daripada aku. Kau ingat kau cool pakai bahasa macam ni? Tak cool langsung. Actually, to tell you the truth, itu bukan cool, itu FOOL.

Jangan tengok benda pelik - pelik. Credit to ohgeez.com


Bahasa alien no 2: “Awakz, sayew sukew samew awakz”

Read the dialogue. Credit to aqsanadeea.blogspot.com


Perh ni sorang lagi mintak kaki daripada aku. Kau ingat dengan tambah ‘w’ kat setiap perkataan kau tu, kau nampak manja? Hell no tak manja langsung. Apa korang kata? Gedik? Ya betul aku setuju. Tak adanya manja kalau korang pakai bahasa alien no 2 ni. Menyampah gila bila tengok orang tulis status dekat Facebook macam ni. Kau fikir kau hot? Tak payah nak rasa hot sangat la, kat neraka lagi hot. Ya. Aku kata dekat korang. Jangan nak buat – buat toleh belakang pulak. Tak sedar diri. Ehem. By the way, ‘w’ tu maksudnya whore. Kau nak jadi whore? Kau kata kau nak? Kalau aku nampak muka kau aku sepak kau laju – laju. Apa? Kau tanya aku ‘w’ tu memang maksudnya whore? Tak ada pun. Aku saja nak menggambarkan betapa teruknya orang yang pakai bahasa macam ni. Aku bagitahu siap – siap, sekali aku jumpa bahasa macam ni dalam blog, aku blacklist blog tu. Immediately. Penat tau nak baca bahasa alien macam ni.


Bahasa alien no 3: “I hv nvr evr lose 2 sum1”

^This. Tapi kucing tu agak comel. Credit to cheezburger.com


Well mungkin ada persamaan dengan bahasa alien no 1 tapi ianya TAK sama. Yang ini better version from the first alien language. Singkatan perkataan bahasa Inggeris. Aku faham kalau korang nak hantar mesej romantik berbahasa Inggeris kat calon isteri korang. Contohnya:

I will never ever forget you even if you forget me because my love to you will never fade from my heart

Well tak ada lah romantik pun. Grammar pun terabur. Jiwang dan menggelikan je lebih. Ehem. Let’s see the alien version:

I will nvr evr 4get u evn if u 4get me coz my lurve 2 u will nvr fade from my hart

Still understandable but please don’t use it. Kalau nak hantar mesej dekat telefon bimbit boleh la dimaafkan jugak sebab perkataan tu limited. Tapi kalau nak tulis dekat status/blog, korang jangan la pakai bahasa macam ni. Korang bukan nak kena tekan keyboard computer tu sepuluh kali pun kalau nak tekan sesuatu huruf tu. Please use proper English and Malay. Tak rugi pun kalau korang pakai proper language. Kalau aku jumpa bahasa alien no 3 ni kat mana – mana aku akan troll sehabis – habisnya.


Well, last but not least, hargailah bahasa anda. Dan jangan guna bahasa rojak dalam satu ayat. Eh Mr. A, kau kata dekat diri kau sendiri la. Ehem.

Lelaki vs. Perempuan

Sunday 19 June 2011 at 21:44

Assalamualaikum.


Hello friends. Lama gler aku tak update blog ni. Biasa la, calon cemerlang SPM 2011, mengadap buku saja kerjanya. Ehem. Tak ada lah, bukannya mengadap buku sangat pun. Mengadap Facebook, mengadap foto awek orang, mengadap status orang, main game and so on. Tak ada la best sangat hidup aku ni. Disebabkan ramai kawan – kawan aku banyak yang dah deactivate/cancel/tak bukak account mereka sebab nak concentrate untuk trial SPM yang akan datang ni, so aku pun terpaksa la layan Facebook sorang – sorang. Err, tak la sorang – sorang, ada la yang macam aku yang jadi Facebooker tegar yang tiap – tiap hari bukak Facebook walaupun Facebook sekarang memang super bosan. So, aku nak bandingkan sifat – sifat yang kontra yang ada kat kaum aku dan kaum bakal isteri aku berdasarkan pemerhatian aku. Ehem.


Merajuk

Perempuan: Peh jangan cakap la mereka ni macam mana. Kalau boleh nak merajuk je sepanjang masa. Tambah – tambah dengan calon suami sendiri. Kesian calon suami korang. Tak pasal – pasal nak kena pujuk. Tak pujuk nanti kata tak sayang. Girlsss. Tak apa lah jugak kalau yang kuat merajuk tapi senang pujuk, ni pulak yang kuat merajuk dan susah nak pujuk, memang makan hati la bakal suami korang  nak pujuk korang. Lagi makan hati la bakal suami korang nak pujuk korang bila adanya catalyst yang tiap – tiap bulan korang girls alami. Paham – paham sendiri lah ya apa benda tu. Apa benda lagi yang korang selalu dapat tiap – tiap bulan kalau bukan benda tu? Apa? Kau kata kau dapat duit tiap – tiap bulan? Mata duitan. Ehem.

Ikatan suci.

Lelaki: Aku tak bela kaum aku ya. Tapi memang jarang aku jumpa lelaki yang kuat merajuk. Setakat merajuk sikit – sikit tu memang la kerap aku jumpa termasuk la aku. Apa? Kau tak pernah merajuk? Nak tipu pun agak – agak la. Entah – entah dengan calon isteri korang tu tiap – tiap hari korang merajuk. Nak bermanja – manja la katakan. Macam aku tak tau korang macam mana. Lelaki yag suka merajuk kuat tu korang ignorekan je kalau diaorang merajuk. Nanti pandai – pandai la dia cari korang girls balik. Bukannya apa, diaorang saja nak menggatal dengan korang je tu.


Setia

Perempuan: Err, aku akui girls kebanyakannya setia pada yang satu saja. Bukan nak menangkan girls, tapi memang hakikatnya macam tu. By the way aku kata kebanyakan ya, bukan semua, which is ada yang suka pasang calon suami sampai empat. Persediaan la konon takut kalau calon suami yang pertama, calon suami yang kedua pulak yang isi slot pertama. Dan korang cari pulak lelaki lain nak isi slot keempat yang kosong sebab calon suami kedua dah naik pangkat jadi calon utama. Heh. Typical playgirls. Aku tak salahkan korang pun. Lelaki memang pantang tengok perempuan dahi licin sikit, terus dimintanya nombor telefon. Ayatnya senang je:

“Eh, macam pernah jumpa awak la. Tapi di mana ya?”

Well, seriously ayat mengayat perempuan yang macam sial. Kenapa? Refer to this.

Lelaki: Heh. Korang pernah dengar buaya darat? Ya. Buaya darat tu memang khas ditujukan kepada kaum aku. Bukan aku ya. Ehem. Buaya darat tu apa korang tanya? Buaya darat ni lelaki yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada. Dah dapat calon isteri dok gatal cari lagi calon isteri. Nak cukupkan kuota kawen empat katanya. Bullshit. Yang tu boleh pulak korang ikut perundangan Islam ya. Habis tu yang pasal solat, puasa, zakat tu? Taknak ikut? Well, in short kebanyakan lelaki memang jenis yang tak setia. Pantang jumpa awek cun + comel sikit, terus korang mintak nombor telefon. Dan sekali lagi aku kata kebanyakan saja ya, bukan semua. Yang setia pada yang satu tu senang je korang nak cari. Salah sorangnya penulis blog ni la. Ehem.


Sensitif

Perempuan: Well, sensitif ni boleh dipecahkan kepada beberapa benda. Antaranya;

                Belas kasihan: Perempuan memang jiwanya lembut, even yang rockers habis, mesti ada jugak belas kasihannya. Contohnya, korang jumpa anak kucing tersekat dalam lumpur dalam longkang yang tak ada lah besar mana. Aku tak kata longkang yang besar sebab rasanya korang cuma tengok je anak kucing tu tanpa buat apa – apa. Bila korang nampak anak kucing tu apa yang korang buat? Most of girls akan cuba cari ikhtiar nak selamatkan anak kucing tu sambil cari ikhtiar nak selamatkan diri daripada terkena lumpur tu. Girlsss. Biasa lah, lumpur – lumpur ni mana la nak pegang. Ehem. Eh? Aku kata most of girls je ke tadi? So mana tiny other girls yang lain? Actually, yang tengok saja tu kebanyakannya alah atau takut dengan kucing. So diaorang just tengok sambil merasa kasihan saja. Tak lebih daripada itu.



                Cepat tersentuh: Kalau tengok cerita yang sedih sikit, mesti korang sekali keluar air mata. Biasa la, menghayati cerita tu la katakan. Heh. Tapi actually sapa yang dapat calon isteri yang macam ni ada kebaikannya tau. Contohnya, korang tengok movie sama – sama dan movie yang korang tengok tu cerita sedih. Bila korang nampak airmata calon isteri korang tu keluar korang cepat – cepat la lapkan airmata calon isteri korang tu. Perh romantik beb. Calon isteri korang tu sure terbabas divider bila korang buat macam tu. Tapi lap air mata pakai tisu ya, jangan menggatal nak lap pakai tangan korang. Yang dah kawen tu dipersilakan la guna tangan korang nak lap airmata isteri korang tu. Yang tak kawen lagi jangan nak menggatal nak pegang – pegang anak dara orang.

Lelaki: Seperti di atas jugak, aku akan bandingkan dengan dua ciri sensitif yang aku listkan untuk girls;

                Belas kasihan: Lelaki ni rupa luaran je rock kapak, tapi dalam hati ada taman. Kalau aku pakai contoh anak kucing tadi, ramai lelaki yang gentlemen akan usaha turun dalam longkang tu nak selamatkan anak kucing tu. Tambah – tambah kalau anak kucing tu comel. Bila ada calon isteri korang dekat situ lagi korang galak nak tunjuk hero. Sanggup turun longkang semata – mata nak dapat pujian daripada calon isteri korang tu. Macam aku tak tahu. Ada jugak yang turun selamatkan anak kucing tu selepas calon isteri korang tu kata dia nakkan anak kucing yang comel tu. Heh. Dalam kes ni korang tak dikira sensitive lah ya.

                Cepat tersentuh: Tak ramai lelaki yang suka keluarkan air mata, tambah – tambah kalau depan calon isteri, tercalar reputasi sebagai lelaki macho. Ehem. Well actually, lelaki tu nak nangis, tapi ego, so dia tahankan diri dia supaya tak nangis. So actually kalau korang tengok mata dia betul – betul, korang boleh nampak mata dia nak merah dan berair sikit. So itu tandanya dia hampir – hampir nak nangis, tapi berjaya ditahan. Tapi, ada jugak lelaki yang boleh nangis depan calon isteri dia. Dan aku rasa tak ada masalahnya kalau korang nak nangis depan calon isteri korang tu. Eh eh, aku tak nangis lagi la setakat ni depan calon isteri aku. Ehem.


So, memang kontra kan? Tapi semua tu diatur supaya lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain. Juga untuk mendidik korang supaya menerima kekurangan calon isteri korang dan menghargai kelebihan calon isteri korang. Apasal aku jadi semacam ja ni? Tiba – tiba cakap ayat – ayat jiwang ni. Err. Ehem.

Benda Yang Korang Tak Pernah Reti Jaga

Sunday 12 June 2011 at 23:08

Assalamualaikum.


Hello friends. Esok dah sekolah dah. Sekejap je kan? Pejam celik pejam celik dah habis cuti dua minggu. Tak terasa pun cuti dua minggu tu sebenarnya. Study ke mana, apa ke mana. Korang boleh rujuk entry ni kalau korang nak tahu apa yang membuatkan aku malas study walaupun SPM tengah menghambat aku sekarang. Tapi apakan daya, mood nak blogging lebih daripada mood nak study. So terpaksa lah korban sikit masa study tu? Mr. A, kau kata korban sikit je masa study? Penipuan terbesar abad ini. Kau main game, blog, Facebook, tido and ulang cycle tu balik tiap – tiap hari. Tu kau kata korban masa sikit? Ehem. Ok. By the way, hari ni aku akan tukar sikit gaya tulis blog. Aku nak selitkan elemen dakwah. Aku akan bagitau korang benda apa yang korang tak pernah reti jaga walaupun benda tu senang gila nak jaga.



Mata korang


                Ya. Mata korang. Korang pernah jaga tak mata korang? Pernah? Apa? Kau kata kau tiap – tiap hari cuci mata tengok awek comel? Tu bukan jaga mata, tu namanya merosakkan mata. Ehem. Tipu la korang tak pernah rosakkan mata korang. Dari segi fizikalnya memang banyak benda yang korang buat yang merosakkan mata. Contohnya, bergaduh. Ya. Kalau bergaduh je mesti aim nak tumbuk dekat mata. Tak ada tempat lain ke nak tumbuk? Dah kena tumbuk dekat mata mesti naik lebam mata macam mata panda. Padan muka korang. Daripada hensem terus jadi tak hensem. Tapi ada ke lelaki Melayu yang hensem sekarang yang baik? Rasanya ada. Yang tulis entry tu kot orang yang hensem dan baik tu. Ehem.

                Dari segi rohaninya memang lagi banyak daripada dari segi fizikal. Contoh pertama, korang usha awek comel. Korang sekali dapat tengok awek comel terus tenung awek tu tak berkedip mata. Mentang – mentang la ada hadis yang mengatakan pandangan pertama adalah iman, pandangan kedua adalah nafsu. So korang pun tahan la mata tu semata – mata nak usha awek tu walaupun mata korang dah sakit sebab bukak lama sangat. Macam la aku tak tahu. Aku pun lelaki juga tau. Aku tau la naluri kaum aku macam mana. Tapi aku baik. Tak main la pandang – pandang awek ni. Ehem. Korang pandang – pandang awek tu tak pasal – pasal ja berdosa.

                Satu lagi contoh yang ketara. Porn materials. Yes. Aku tau korang tengok porn ni. Jangan nak berdalih pulak. Seriously, korang tolong la tinggalkan habit korang suka tengok porn ni. Bukan apa, untuk kebaikan korang jugak. Bukan apa, aku kesian kat awek kau sebab kau suka tengok lucah, jadi peratusan awek kau nak kena rogol dengan kau adalah tinggi. Dan korang fikir – fikirkan lah  pasal akhirat sama. Sekarang dunia dah akhir zaman. Kita tak tahu bila nak kiamat. Mungkin Jumaat minggu depan. Mungkin Jumaat dua minggu lagi. Who knows? So korang cepat – cepat la taubat sebelum terlambat.


Telinga korang

                Secara fizikalnya telinga korang boleh rosak disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah korang pergi dengar lagu. Tambah – tambah dekat disko. Aku tau dekat disko tu ada speaker yang besar gila nak bagi orang dengar muzik yang dimainkan. Bukak volume maximum macam la orang yang kat dalam tu pekak. Oh by the way, aku tak pernah pergi disko ya. Ini aku tau sebab aku dengar orang kata dan ada scene disko yang ditayangkan di televisyen. Tengok. Aku baru 17 tahun dah tahu banyak benda pelik – pelik. Semuanya televisyen punya pasal la ni. Ehem.

                Secara rohaninya pula, korang mesti selalu join geng – geng yang suka mengumpat kan? Kalau pun korang tak mengumpat, korang dengar orang lain mengumpat. Mengumpat berdosa. Dengar diaorang mengumpat pun berdosa walaupun kau tak bukak mulut pun. Free je kau dapat dosa. Kalau kau rasa pahala kau dah terlalu banyak, baik kau bagi kat aku sikit. Ehem. Well, tak payah la masuk geng mengumpat ni. Korang tak dapat faedah pun. Korang kata dapat faedah kalau mengumpat? Apa faedahnya? Bagitau aku sikit. Terhibur sebab dengar orang mengumpat? Aku rasa kau patut muhasabah diri la dan tengok diri kau tu dah cukup elok atau tak.


Mulut korang

                Yang ini memag banyak sangat la perosaknya. Rokok, shisha dan sebagainya. Bercakap pasal rokok, rokok tu haram tahu tak? Apa? Kau tak tau rokok tu haram? Atau kau saja – saja kata kau tak tau? Apa – apa pun korang tinggalkan la rokok tu, dah la asap dia menyesakkan nafas, busuk, berbahaya untuk kesihatan pulak tu. Pasal shisha pulak. Korang tahu tak shisha tu 400 kali ganda lagi berbahaya daripada rokok? Aku tak faham kenapa ada orang kata shisha lagi selamat daripada rokok. Jangan tanya aku macam mana aku tau. Kat Internet punya la banyak sources yang korang boleh search. Apa? Malas? Oh, tengok porn rajin pulak?

                Selalunya manusia yang tak reti jaga mulut ni sebab diaorang mengumpat orang lain. Korang elakkan la mengumpat orang lain. Tak bawa faedah pun. Menyakitkan hati orang yang kena umpat tu ada la. Kalau aku la yang kena umpat dan aku dapat tau sapa yang umpat aku tu, aku tenyeh cili dalam mulut dia. Tak sedar diri. Nak umpat orang tapi diri sendiri pun tak betul. Pigidah.


So korang tolong la jaga tiga benda yang aku cakap ni. Tiga benda ni ja yang korang kena jaga lebih. Alaa, bukan susah pun nak jaga tiga benda ni. Korang doa kat Allah mintak pertolongan – Nya pun boleh. Kalau niat hati korang betul insyaAllah akan makbul doa korang tu.

p/s: Minta maaf kalau terkasar bahasa.

Regulations: Do Not Ever…

Saturday 11 June 2011 at 20:55

Assalamualaikum.


          Hello guys and gals. Nice to see you all again. Dah nak start balik sekolah selepas cuti panjang dua minggu (ceh, tak la panjang sangat, lekat celah gigi je rasa). Dengan tuisyennya, homework, study and so on, tak ada nikmat langsung cuti dua minggu ni. Tu tak masuk tugasan SPM yang tak selesai – selesai lagi, lagi la aku rasa macam tak cuti langsung. Apa la perasaan orang yang bekerja ye? Student sedap je cuti dua minggu, diaorang pulak kena kerja cari rezeki. Tapi apa nak buat, diaorang banyak tanggungan, mak bapak la, adik la, awek… Ehem. Ok down to earth. Macam yang korang baca sendiri dekat atas, aku akan bagitau korang tiga benda yang korang tak perlu buat DAN (aku kata DAN, bukan ATAU) tak patut korang buat masa korang tengah syok – syok ‘berkarya’ atau tengah menjalani kehidupan dunia siber ni.


Cari Publisiti Murahan

          Dalam masa tak sampai dua minggu, dah ada tiga kes yang menggegarkan dunia maya, atau lebih spesifik, dunia blogger. Kes pertama pasal Adinda Evans tu. Tak payah la aku ceritakan apa yang dia buat sampai dunia blogger macam kena gempa bumi tu. Korang nak tahu korang cari sendiri. Kes kedua pasal Gambit Saifullah. Juga rasanya tak payah aku ulas apa – apa kerana dia sudah pun minta maaf kat blogger sekalian. Let bygone be bygone guys. Kes ketiga pulak pasal Puteri Shasha yang buat onar kat Facebook baru – baru ni. Korang cari sendiri kalau korang nak tahu apa benda yang dia buat.

          Aku nak tanya satu benda la kat korang. Apa faedah buat publisiti murahan ni? Instant famous? Inginkan perhatian? Seriously, kalau korang nak famous dengan cepat pun, korang tak payah resort kepada cara yang tak pakai akal ni. Surely there are better ways to be famous. Cuba korang ikut macam Anwar Hadi, suami Cik Far iaitu Mat Luthfi (sarcasm applied there), Mr. KHanis Zalikha atau sapa – sapa pun, diorang semua tak pernah cetuskan apa – apa kontroversi. Sekarang? Diaorang antara figure yang paling popular di laman maya. Tak ada pun yang buat porn video, pengakuan terbesar abad ini atau gambar tak senonoh. Absolutely nothing. Diaorang guna otak untuk famouskan diri diaorang, bukan pakai patella (atau bahasa melayunya dipanggil kepala lutut).


Be a RACIST
  
          Dalam banyak – banyak golongan yang aku benci, golongan racist ni la yang aku paling anti sekali. Ya, aku akui dulu aku jugak seorang yang racist, bukak Facebook je berbalas pantun dengan orang Indo. Tapi after that aku realized, being a racist ni tak bagi apa – apa faedah pun dekat aku. Sudahnya, enemy yang aku dapat. Apa faedahnya ada enemy? Korang boleh nak carut/maki? Tolonglah, tak seronok pun carut maki ni, buat tambah dosa ada la. Dan sudahnya korang tiap – tiap hari pun kena carut maki sekali. Korang seronok kena maki? Tak sangka aku korang seronok kena maki. Brutal betul korang. Apa? Patriotik mempertahankan tanah air korang kata? Define ‘patriotik’ please. Dengan korang maki orang negara lain dipanggil patriotik? Ada banyak cara untuk mempertahankan negara guys. Kenapa korang pilih jalan tu untuk menunjukkan sifat patriotik korang? Sebab nampak cool bila maki orang? Tu bukan patriotik namanya, tu PATHETIC.

          Dan perlu diingatkan apa yang aku tulis di atas adalah pandangan aku semata – mata. Aku tak boleh paksa korang nak setuju dengan aku atau tak. Setiap orang ada cara diaorang yang tersendiri. Tapi kan, kadang – kadang time korang tengah war tu, korang boleh jumpak seseorang yang korang akan rapat, korang share banyak benda bersama and then perasaan yang korang akan tahu sendiri akan muncul and then you know what will happen. HEHE. Tapi aku tetap tak sarankan korang berbalas peluru meriam. Daripada korang karang ayat maki tu baik korang karang ayat cinta bagi kat awek. Aku tahu korang ada awek keliling pinggang. Eh eh, aku tak, aku tak, aku baik. Ehem.


Cetuskan Pergaduhan

          Sekali korang buat benda ni tak kira la dalam blog atau apa pun, korang akan menyesal. Kalau bukan sekarang, tak lama lagi korang akan menyesal tak kira la tak lama lagi tu sepuluh tahun yang akan datang. Korang akan menyesal. Aku dah sumpah dah. HAHA. Ehem. Tapi kan, korang jangan la saja – saja cari enemy kat dunia maya ni. Korang mungkin kata macam ni….

“Alaa, dia bukan kenal aku pun. Kesah apa aku. Normal la bergaduh ni.”

          Normal your patella. Memang la kau tak kenal dia. Memang la kau tak kesah. Memang la normal bagi kau. Tapi kau takkan boleh pergi jauh. Takkan boleh. Mark my words. Korang dapat apa kalau korang bergaduh kat dunia maya? Kepuasan? Kalau korang bergaduh bertumbuk, ya mungkin puas sikit. Tapi kalau korang bergaduh dekat dunia maya? Korang kalah and then korang nak lepas kemarahan kat sapa? Adik? Awek? Pakwe? Ya aku tahu. Tiga golongan ni memang bernasib malang. Kesian diaorang. Ehem.


          Ada banyak jalan yang korang boleh buat supaya korang famous. Tapi korang gatal pergi buat benda tak senonoh buat apa. Kan diri sendiri rugi. Dah la nama tercemar. Korang nak nama korang tercemar dalam dunia maya? Sapa yang kata ‘nak’ tu memang mintak kaki daripada aku.


p/s: Jangan buat onar ya. Nanti menyesal tak sudah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...